CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaclyn Victor Masuk GV9 Sebab Dah Dijanjikan Jadi Juara?

7-9-2022 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2221| Komen: 8

Jaclyn Victor menganggap tuduhan kononnya dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selepas dipujuk dan dijanjikan gelaran juara oleh pihak produksi.

Sebaliknya kata Jaclyn, 44, dia menyertai GV9 disebabkan mahu terus berkarya selain diberikan kebebasan oleh pihak produksi untuk mempamerkan kebolehannya sebagai seorang penyanyi.

Foto: IG

"Saya tahu biasanya GV ini untuk penyanyi yang lama tetapi sebenarnya perkara itu telah berubah dan sekarang ia bukan lagi seperti itu.

"Apabila saya dengar penjelasan mengenai program ini, pihak produksi memberitu GV adalah platform terbaik untuk saya buat apa yang saya nak. Betul juga, mana ada tempat boleh buat apa kita mahukan.


Jaclyn membuat kejutan apabila muncul sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kesembilan.



Tapi GV menjadi tempat yang membolehkan saya buat apa sahaja, saya diberikan kebebasan untuk berkarya. Itulah yang membuatkan saya bersetuju menerima tawaran tersebut," katanya.

Jaclyn ditemui selepas sidang media mengumumkan 13 peserta GV9 yang bakal berentap bermula pada 18 September ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Selain Jaclyn dan Dina, 37, peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah Dina Nazir, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Tom, Pat candy, Asheed DEF GAB C, Roy Kapilla, Fuad Rahman Hazrul Nizam, Haida, dan VE.



Sementara itu, kemunculan Jaclyn dan Dina Nazir dilihat akan membangkitkan kembali persaingan sengit ketika kedua-dua penyanyi itu berentap dalam program Malaysian Idol pada 2004.

Bertemu kembali 'musuh' tradisinya itu, Jaclyn, berkata, dia tidak pernah menganggap Dina sebagai musuh apatah lagi menyimpan perasaan buruk di antara satu sama lain malah menghormati kredibiliti dan bakat besar sahabatnya itu sebagai penyanyi.

"Kami tak pernah bermusuh, Dina dan saya tak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap satu sama lain. Kami berdua sudah lakukan yang terbaik, keputusan pemenang bukan ditangan kami ketika itu.

"Saya sejujurnya tidak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap Dina. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita hanya boleh buat apa yang termampu dan selebihnya terpulang kepada juri.

"Saya anggap pertandingan ini sebagai peluang untuk tunjukkan kepada rakyat Malaysia tentang apa lagi yang boleh saya lakukan di atas pentas," katanya.



Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan penglibatan ramai penyanyi popular dan masih aktif pada GV9 tahun ini sebagai langkah baharu daripada konsep asal program tersebut.

"Banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan, jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini.

"Penambahbaikkan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia," katanya.



Raqim menjelaskan pihaknya sudah membuat postmortem menerusi GV8 tahun lalu dengan penyertaan Allahyarham Adibah Noor yang pada ketika itu masih aktif dalam bidang seni.

"Kemunculan Adibah tahun lalu kita dapat lihat dari segi sambutan penonton sangat menggalakkan. Jadi tahun ini, kita tampilkan lebih banyak bintang yang masih aktif," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 7-9-2022 02:15 PM
Ujung ujung macam arwah kak dib dpt nombor 5 atau 6 jer
Quote ColbyRaikkonen 7-9-2022 03:10 PM
Bagi contoh Adibah Nor....tak sesuaiiii

Kak Dib tu mmg takde product pun...mana ada single selepas Terlalu Istimewa tu....jadinya layak je la jugak kalau nak masuk.
Quote mamajawie 7-9-2022 07:12 PM
Dia n silalat sangat la x sesuweiii masuk gegaq vijayjay ni..apsal x cukupkan quorum masukkan si Neng Bekjurah alang2 khuennnss reunion 3 surau ehhh 3 suara tu?ehehehe..nanti bleh tgok mak neng nyanyi lagu awan yg terhanjeng kluar sore itik serati..hahaha
Quote Body_language 7-9-2022 07:24 PM
Jawapan Raqim boleh dikatakan ibarat menunjukkan kebodohan beliau. Arwah Adibah Noor tu dulu dia aktif tp bukan atas pentas TV or konsert sbg penyanyi. So orang mmg nk tgk dia nyanyi atas pentas balik.

Jac, shila dgn Tomok selalu je muncul menyanyi kat TV. mmg org jemu la nk tgk muka2 org yg masih aktif ni
Quote Mizlyn 7-9-2022 08:55 PM
Kenapa i agak jemu dgr suara jac ni..  dulu2 ok gak..  Nyaring sangat kot.. Entahlah..
Quote supernaturalee 7-9-2022 10:04 PM
Good luck jac

Asalnya x setuju jac join
Tp fans kan
Support je all the way
Bkn die buat benda bodoh2 pun

Quote MarissaOberlin 7-9-2022 11:21 PM
we stan single mom join GV kecuali xilachingchong
Quote Mulotkoyak 8-9-2022 01:34 AM
Ak xsalah kan retis yg masok. And ak doakan GV akan bungkus sepertimana AF sebelum ini. Terus sendu disebabkan nk kejar rating. Anyway goodluck yg masok tahun ni.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.141097 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top