CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Setuju Berlakon Dalam Filem Ini Hanya Kerana Liyana Jasmay Je' - Afdlin Shauki

7-9-2022 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3277| Komen: 24

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan dia tidak berdepan sebarang masalah mengarahkan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki dalam filem pertamanya yang berjudul Cikgu VS Hantu.


Pernah berganding sama menerusi filem Papadom, Liyana memberitahu, hubungannya bersama Afdlin memang akrab dan sudah pun saling memahami.


IG Liyana

“Sebenarnya tiada masalah untuk mengarahkan pelakon seperti Afdlin Shauki. Masa saya muda pun dia tahu saya memang minat dalam bidang pengarahan sampai saya sambung belajar mengenai filem di luar negara.

“Masa saya menulis watak Cikgu Daud, saya memang dah fikirkan Afdlin Shauki. Gaya watak ini memang saya buat khas untuknya. Selepas filem ini mendapat kelulusan FINAS, saya terus hubungi beliau.


“Bila saya jelaskan mengenai watak, Afdlin pun seronok mendengarnya dan dia juga teruja nak berlakon di bawah arahan saya,” katanya kepada MH.

Liyana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cikgu VS Hantu, pada Isnin.

Katanya lagi, sepanjang penggambaran, Afdlin juga sedia untuk memberikan kerjasama agar naskah dapat disempurnakan dengan baik.



“Tidak berlaku percanggahan pendapat di antara saya dan Afdlin. Dia hanya mempersoalkan sahaja mengenai sesuatu babak itu.

“Bila ada yang mempersoal, saya rasa keadaan itu bagus sebab kita akan berusaha cari jawapan.

“Ketika di set, Afdlin ini ibarat macam guru ketika saya di sekolah filem. Saya pun dah terbiasa dengan situasi sebegitu. Jadi, saya tak mudah sentap sebab ia dah jadi budaya pembikin filem.

“Bila orang hebat yang mempersoalkan mengenai karya kita, kita akan lebih berhati-hati dan berfikiran jauh.

“Saya pun dah lama berkecimpung di dalam industri. Pengarah-pengarah lain pun tak lokek ilmu dengan saya,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Afdlin menyifatkan percubaan pertama ini sebagai satu usaha yang baik dan dia juga percaya Liyana akan menjadi pengarah yang baik pada masa akan datang.



“Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini hanya satu sebab sahaja. Iaitu kerana Liyana Jasmay. Saya sifatkan ia seperti paksaan yang akhirnya menjadi keseronokkan.

“Apa yang Liyana buat, saya sentiasa akan sokong. Dia anak saya dalam filem Papadom. Sekarang dah besar dan dia pula jadi pembikin filem. Ramai orang industri ini nak melihat Liyana Jasmay berjaya.

“Saya sifatkan percubaan pertamanya ini sabagai satu kejayaaan. Saya sendiri masih belajar ketika ini. Saya percaya karyanya akan lebih baik lagi selepas ini,” ulasnya.



Terdahulu, Cikgu VS Hantu akan mula ditayangkan secara langganan di saluran Astro First (480) pada harga serendah RM15.

Selain Afdlin, filem komedi seram ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Khir Rahman, Juliana Evans dan Shuk Sahar.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tunan 7-9-2022 02:04 PM
Tak bestnya trailer
Quote mendeluk 7-9-2022 02:06 PM
Haritu tertengok video “ye ke?” program dgn ogy. Tbh iols tak suka herr character. Dah tua2 ini prangai mcmtu tak cik liyana?

https://youtu.be/RFnaoOyRyt4
Quote ahmad_dhani91 7-9-2022 02:06 PM
first. sendu bossssss
Quote KamikuP 7-9-2022 03:10 PM
Mmg tak la nak tengok dua ketoi ni
Quote gaban_spacecop 7-9-2022 04:43 PM
level2 cerekarama je ni
Quote bondeh 7-9-2022 04:45 PM
LJ nih buat apa semua flop. Filem Bella&Jenny tuh aduhaiiiiii bosan cam bengap punya jalan cerita. Pastu akan amek pelakon dikalangan kawan2 di je. Jue tuh jelah yg dihadapkannnn..
Quote Joysparta 7-9-2022 05:16 PM
laki dia sebijik muka UAI eh.....
Quote Omai 7-9-2022 05:20 PM
Muke laki beliau ni kalau dekat kolej ke uni ke, muke set2 kene buli.
Quote pocongkiutss 7-9-2022 05:24 PM
Macam x best je
Quote Perawankota 7-9-2022 09:14 PM
Jue tu berisi or angle camera yg buat dia nmpk besar dari yg lain?
Quote Tembikaigoreng 7-9-2022 09:23 PM
Joysparta replied at 7-9-2022 05:16 PM
laki dia sebijik muka UAI eh.....

Tergelak aku Hahahah.... Aku pun tgk muka laki dia macam someone familiar..... Tapi xtau sapa.... Rupanya macam UAI ahahahah
Quote missyL 7-9-2022 09:34 PM
Kemain masing2 bergaya pg promo
Last2 flop je nti hahahah

Bini pemain bola dah mcm badut baju despite all being designer or and branded lol
Quote missyL 7-9-2022 09:34 PM
bondeh replied at 7-9-2022 04:45 PM
LJ nih buat apa semua flop. Filem Bella&Jenny tuh aduhaiiiiii bosan cam bengap punya jalan cerita. P ...

Cite bella n Jamie tu jadi drama bole la

Skey2 amek jue
Casting la bakat2 baru ke
Quote bondeh 7-9-2022 11:10 PM
missyL replied at 7-9-2022 09:34 PM
Cite bella n Jamie tu jadi drama bole la

Skey2 amek jue

Kannnn. Ingatkan cikgu vs hantu nih drama rantaian ke apa utk slot comedy ke... rupanya filem. Kalau drama sheolls arah pun tah pape syok sendiri
Quote bondeh 7-9-2022 11:12 PM
missyL replied at 7-9-2022 09:34 PM
Kemain masing2 bergaya pg promo
Last2 flop je nti hahahah


Meolls memang sentiasa perhatikan bini pemain bola tuh cam gegeh join event sana sini (of course dijemput kan) tapi gigihnya lahai nak jadi stylo. Dgn spek mata gedabak, logo brand gedabak dah macam DSV versi muda ahaks
Quote missyL 8-9-2022 01:58 AM
bondeh replied at 7-9-2022 11:12 PM
Meolls memang sentiasa perhatikan bini pemain bola tuh cam gegeh join event sana sini (of course d ...

Die x thu kot pepatah less is more hahaha

Seboleh2 nk pakai baju or bag yg tayang brand
Money mmg xleh buy class. Also obvious mcm new money
Quote missyL 8-9-2022 01:59 AM
bondeh replied at 7-9-2022 11:10 PM
Kannnn. Ingatkan cikgu vs hantu nih drama rantaian ke apa utk slot comedy ke... rupanya filem. Kal ...

Mmg nmpk lah syok sendiri tu
Bella n Jamie tu nk konon2 cm movie red films yg cm pisau cukur. Gol n gincu. Istanbul aku dtg.
Tp serba xkene hahahaha

Yg movie baru ni pn nmpk serba xkne jgk
Quote anony-mous 8-9-2022 03:02 AM
Xpernah minat LJ ni since dari zmn Kami. Ada kwn i obses betul dgn LJ. Vibes poyo dia dari dlu smpai skrg kuat betul
Quote hangdenim 8-9-2022 03:34 AM
Afdlin punya ayat mcm jahanam je hasil keje liyana ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.204744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top