CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Britney Spears Tak Kisah Pun Anak Sendiri Gelar ‘Attention Seeker’

7-9-2022 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2447| Komen: 15

Britney Spears sekali lagi mencetus kontroversi apabila memuat naik video separuh bogel di Instagram miliknya.


IG Britney

Bintang pop berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak demikian sebagai respons terhadap anak lelakinya, Jayden James yang tidak suka Britney mendedahkan tubuh di media sosial dan menggelarnya sebagai 'attention seeker'.

Ketika memuat naik video berkenaan, Britney turut meminta maaf kepada anak-anaknya kerana masih aktif di media sosial, namun akan tetap terus menggunakannya.


Britney bersama anak-anaknya, Sean dan Jayden.



Jayden (kiri) dan abangnya, Preston (kanan) bersama Daphne Barak - Foto: Daily Mail

"Apa-apapun, ibu minta maaf kerana terus menggunakan media sosial. Ibu minta maaf kerana kamu merasakan ibu melakukannya demi perhatian," katanya.

Britney turut memberitahu dia tidak akan tunduk kepada arahan orang lain kerana sudah belajar untuk berkata tidak.



Terdahulu, menerusi satu temu bual, Jayden mengulas mengenai penggunaan media sosial ibunya dan menyifatkan Britney sengaja berbuat demikian (berkongsi gambar dan video separuh bogel) demi meraih perhatian.

"Perkara ini sudah berlaku selama bertahun-tahun dan mungkin tidak akan berakhir," katanya.

Jayden turut memberitahu bapa mereka, Kevin Federline adalah tempat 'selamat' yang mana dia boleh berdepan dengan trauma, namun tidak memberi perincian tentang apa dihadapinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Harley_Quinn 7-9-2022 02:05 PM
Kesian jgk acik britney ni.
Dia ad post, reason dia post gitu sbb dia dpt kebebasan yg dia x dpt bertahun2 slma conservatorship tuu
Quote cikatilia 7-9-2022 02:29 PM
lain mcm la muka dia
gambar2 selfie dia pon muka mcm saiko aje
Quote helicornia 7-9-2022 03:05 PM
Mmg patut pun bapak kau kawal dulu.bila dh lepas bebas gini le jadinya
Quote KamikuP 7-9-2022 03:42 PM
aNAK DIA VERY THE MUKA bRITNEY
Quote exclusive_vvip 7-9-2022 08:39 PM
helicornia replied at 7-9-2022 03:05 PM
Mmg patut pun bapak kau kawal dulu.bila dh lepas bebas gini le jadinya


itu la..dia ni jadi gini dok buat perangai, bukan sbb org sekeliling control ke apa..dia ni kalu x dikawal mmg tahpape je dia buat..masa dia baru famous dgn Baby one more time tu, dia gi besarkan tetek..padahal dia baru 16,17 gitu kan..
Quote Tembikaigoreng 7-9-2022 08:57 PM
Eleee padahal bapak kau dpt duit pun dari mak kau..... Suruh bapak kau kerja dulu sebelum nak cakap mak kau macam tu
Quote borrow 7-9-2022 09:02 PM
Edited by borrow at 9-9-2022 07:44 AM

tgk sneak peek 60 minit tu jayden bertuala ja. Baru 15 thn kan. Dlm proses mewarisi semangat attention seeker ka Malas nk kutuk budak , hope deyols berhubung la dgn brit , klo takut sgt nk jumpa , boleh wsp , call , dm. Byk cara. Brit ajak dtg wedding pun tamo , coz family lain tak dijemput. Lahai apa la salah dtg berdua ja. Neway satu masa dulu atuk deyols tu pnh acu pistol/senapang kat fanz yg jenguk2 rumah lama Brit ya.
Quote beatgirlX 7-9-2022 09:35 PM
Dia ni sakit..mostly kids yg glamour kat Hollywood mmg ramai yg jadi gini..pelakon Home Alone dan ramai lg
Quote WeAiNe 10-9-2022 10:19 PM
mekap bercelak hitam tak sesuai
muka nampak tua supo che esah
Quote KBW2 11-9-2022 08:22 AM
Dia ni sore tak sedap nnyanyi live hauk, dancing skills pun overrated namati. Harapkan seksa seksi jah sebenarnya pastu tak habes2 tingtong. Lagu-lagu dialah top dulu walaupun...
Quote alesandra 11-9-2022 09:05 AM
Bab ni aku  rase  aku sokong ank2  dia. bukan x bole guna media  sosial.klau jenis  post pun dah pe'el sebaya anak2  dia.. mmgla anak2 dia malu. common  sense  kot
Quote _blackbird 12-9-2022 11:01 AM
to be fair ramai je selebriti hollywood tak kisah dengan pose nude tapi at least dia buat secara professionally. ni britney record syok sendiri mcm level only fan tapi kasi free kat ig & twitter, of course la anak dia malu nak berhadapan masyarakat. hampir setiap hari ada je video topless britney ni dia upload dengan gaya & prop sama
Quote ina_na 15-9-2022 02:32 AM
Kadang2 aku fkr elok gak bapak dia kawal dia..tgk dia ni makin lama mcm makin x betul je..duit dia dah banyak..dia nk kejar pe lg duk x pakai baju tayang kat ig..anak dia mesti la malu..nanti kawan2 ckp pe..dah la anak dah beso...anak laki lak tu..aku bukan pe tgk acik ni skrg ni mcm dah x bape betul je..ke aku ke yg rs mcm ni..
Quote borrow 17-9-2022 08:13 AM
ina_na replied at 15-9-2022 02:32 AM
Kadang2 aku fkr elok gak bapak dia kawal dia..tgk dia ni makin lama mcm makin x betul je..duit dia d ...

ujung2 masa ayah sheols control , sheols dh dihantar ke psych rehab dh. Brit ada citer keadaan dlm tu , asyik kena spy , tukar baju pun dpn org. Sheols nmpk teruk tu antara punca org sokong freebritney juga. Mebi sheols now mcm sufiyah yusof. Mangsa abused bila terlepas huru hara perangai. Mcm Puteri sarah meroyan bila shamsul buat hal. Tak classy tp dh dijangkakan. Sheols perlukan masa utk rawat emosi n terapi juga. Hope shuben baru sheols tu bagus la orgnya , klo tak hancur la sheols dh tada sesiapa. Anak pun tak peduli.
Quote Page88 20-9-2022 02:05 PM
Britney Spears needs to stop playing the victim & also stop using social media. She has lost it.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037064 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top