CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendaki Tertua, Atuk Umur 90 Tahun Berjaya Sampai Ke Puncang Gunung Kinabalu

7-9-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1292| Komen: 14

Seorang warga emas lelaki berusia 90 tahun berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain kelmarin.

Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.


“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendaki tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu.



“Saya yang umur 30 tahun ini pun tak yakin mampu daki Gunung Kinabalu. Terbaik la ‘atok’, memang hebat,” puji Azhari Mokhtar.

“Tercabar orang muda, 90 tahun mampu sampai ke puncak. Memang stamina dia bukan calang-calang,” kata Zaini.

“Tahniah ‘aki’ (datuk). Terima kasih juga kepada pendaki lain yang memimpin pendakian bersama pendaki tertua itu sehingga berjaya membawanya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Rakyat Malaysia memang hebat,” ujar seorang pengguna.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 7-9-2022 01:15 PM
Wah masih sihat atok ni..
Quote KIM.K 7-9-2022 01:17 PM
Baya tun mahathir
Ramai orang tua2 daki gng kinabalu
Porter pun tua
Quote Scheherazade 7-9-2022 01:50 PM
wow, congrats tok. aku mmg xleh la nk daki2 gunung dah skrg ni.
Quote CariMalay 7-9-2022 02:05 PM
Mahathir lagi tua, 97 umur
Quote supernaturalee 7-9-2022 02:11 PM
berapa lm masa smpi ke atas tu

Quote mejaputih 7-9-2022 02:14 PM
ios mmg teringin..tp my doctor dh tak bagi sbb ada sejarah SLE.
Quote surih07 7-9-2022 02:18 PM
taniah atok gagah lg
i pi tasik cermin ritu pun semput tok benti byk kali
Quote mojarean_X 7-9-2022 02:33 PM
Iols kalo jumpa org2 tua umur panjang dan sihat, iols akan minta tips dan rahsia umur panjang & sihat
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 02:50 PM
orang muda la ni naik tangga 2 tingkat pun semput macam nak mati tengoknya
Quote KamikuP 7-9-2022 03:03 PM
Best daki Gunung Kinabalu. Sebelum cuolls mneinggal dunia dan masuk 6 feet underground, pegilah daki gunung itu yaachhh
Quote pittjie 7-9-2022 03:16 PM
Puncang tu apa oiii. tu la selalu asyik ambik berita indon je tt ni ... ejaan bahasa melayu pun dah tak reti.
Quote bottombikini 7-9-2022 03:28 PM
iols penah sekali naik
pikir2 balik gila betui time tu
takde training takde practice
itu lah first and last naik gunung
Quote Supersirap 7-9-2022 05:26 PM
Hebat, kudratnya masih mampu untuk menawan puncak gunung Kinabalu, tahniah diucapkan dan tabik spring diberikan
Quote Solokkk 7-9-2022 06:12 PM
Power atok nih

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.240654 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top