CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bercinta Dengan Janda Anak Tiga, Abai Isteri Hamil Dan Anak

7-9-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 3

Tergamak seorang suami mengabaikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak-anak malah, sibuk menyulam cinta dengan seorang janda anak tiga.


Kisah ini dikongsikan oleh pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya menerusi ciapannya di laman Twitter.

Tangkap layar yang dimuat naik itu adalah pendedahan daripada seorang pengirim yang bersimpati dengan nasib kakak iparnya apabila diperlakukan sedemikian oleh abangnya.


Gambar Hiasan

“Kakak ipar saya tengah mengandung tujuh bulan dan abang saya (suami) pula tengah bercinta dengn seorang janda anak tiga. Nampak hangat sangat siap-siap bertukar hadiah, cuma saya sahaja yang tahu tentang ini.


“Nak cerita pada kakak ipar, saya serba salah sebab dia tengah mengandung dan jaga anak kecil berusia dua tahun. Nak cakap pada adik-beradik pun rasa serba salah takut bergaduh pula,” katanya menerusi kiriman mesej kepada Ahmad Fedtri.

Menurut pengirim tersebut, dia telah lama memendam rahsia tersebut tanpa memberitahu sesiapa sejak tiga bulan lalu.

“Hari-hari saya akan ‘stalk’ Twitter mereka berdua (abang dan janda), hari-hari saya rasa semakim geram dan kesian kepada kakak ipar saya,” ujarnya.

Pengirim itu juga turut meminta pandangan dan batuan daripada Ahmad Fedtri mengenai tindakan sewajarnya yang perlu dia lakukan.

Tambahnya lagi, dia pernah menyoal abangnya mengapa sanggup mempunyai hubungan bersama wanita lain sedangkan sudah mempunyai isteri dan anak.

Jawab abangnya, dia hanya mahu membela nasib anak yatim dan menjaga janda tersebut selain memberi alasan mampu untuk berkahwin dua. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 7-9-2022 12:50 PM
Can the real janda anak 3 dlm board ini please stand up?
Quote Supersirap 7-9-2022 06:22 PM
Berpada-padalah jika ingin bercinta
Quote Adrif 7-9-2022 07:06 PM
orang luar ke-3, aka si babi sondol, yang mengganggu rumah tangga orang lain
walaupun cintanya disambut, seeloknya diikat pada batu berat dan campak dalam laut

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.355469 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top