CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tak Ada Masa Nak Layan Propa' - Shaffiq Erwin Ikhlas Komen Persembahan Ifa Raziah

7-9-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1951| Komen: 6

"Jangan nyanyi sumbang. Saya tak tahu dia nangis betul atau tipu. Esakan tu tak nampak air mata yang mengalir. Saya tak faham mungkin itu 'feel' atau apa. Tapi tak kisahlah nangis betul atau tipu." 


Itu komen guru vokal Shaffiq Erwin menerusi video reaksi bagi persembahan penyanyi Ifa Raziah pada konsert Terpaling Juara ketika menyanyikan lagu Di Pintu Syurga. 


YouTube

Komen itu membangkitkan amarah Ifa Raziah yang seolah-olah menganggap tangisannya hanyalah tipu atau lakonan semata-mata.

Dalam masa sama, Ifa turut meninggalkan komen di Instagram Shaffiq dengan membidas video reaksi itu. 


Rentetan itu, ramai beranggapan tindakan kedua mereka hanya 'propa' dan 'drama' bagi tujuan 'content' atau kandungan masing-masing. 

Shaffiq, 31, berkata, apa yang dikongsikan itu adalah benar, tulus dan ikhlas tanpa tujuan lain. 

"Saya tak ada masa nak layan 'propa'. Itu adalah reaksi betul daripada saya. Bukan saya saja nak kecam. Saya tidak gunakan video itu untuk tujuan nak mencipta sensasi. Malah, jauh sekali untuk berdrama. Kalau dibayar tak apa lah juga. 

"Video tu lebih pada nak mendidik. Selama buat video reaksi ini, setiap video saya bagi input untuk diperbaiki. Bukan untuk penyanyi itu saja, tapi orang lain yang menonton juga boleh dapat ilmu. Lagi pula saya gunakan bahasa yang orang mudah faham. Tidaklah sampai nak mengeji dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Shaffiq, itu adalah kali pertama dia berdepan situasi sedemikian sepanjang lebih setahun membuat video reaksi persembahan penyanyi. 


IG Ifa

"Dari tahun lepas saya buat, tidak ada niat nak kecam penyanyi itu. Ini kali pertama saya mendapat reaksi negatif daripada penyanyi. Terkejut juga. Sebelum ni semua penyanyi yang saya buat video reaksi siap boleh mesej DM dan ucap terima kasih sebab bagi mereka tips.

"Kalau nak tahu, dalam Terpaling Juara tu bukan persembahan Ifa saja saya komen. Penyanyi lain ada juga. Setiap minggu saya kena buat video reaksi untuk empat orang. Bukan saya yang pilih, tapi pihak berkenaan. Saya hanya menjalankan tugas," katanya.




Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-9-2022 02:26 PM
Ipah rajiah = manusia keji di abad ini
Quote imrb 7-9-2022 03:40 PM
nyanyi ke laut kata dah 50 biasalah bukan sempurna.. fesyen mcm org muda tak sedar diri dah tua pulak ye... mereputlah engkau!
Quote roti_banjir 7-9-2022 04:47 PM
imrb replied at 7-9-2022 03:40 PM
nyanyi ke laut kata dah 50 biasalah bukan sempurna.. fesyen mcm org muda tak sedar diri dah tua pula ...

ramai jer yg dah lebih 0 tapi still boleh menten nyanyian....

temanyer ko kena ada bakat kak ipa rajiah weiii....

kak melah, mek jena, mek esah tuh semua dah melepasi 50, still menyerlah jer nyanyian mereka....

if tak boleh. humbly accept teguran dan kritikan....
Quote cantthinkofany 7-9-2022 04:51 PM
dah kurus eh....
Quote Harley_Quinn 8-9-2022 12:10 PM
Siapa pihak yg suruh dia buat reaction video tu?
Setiap minggu 4 lak tu.
Quote fadz84 8-9-2022 01:14 PM
roti_banjir replied at 7-9-2022 04:47 PM
ramai jer yg dah lebih 0 tapi still boleh menten nyanyian....

temanyer ko kena ada bakat kak ipa  ...

bakat nyanyian ipa pukpuk ni pun biasa2 je.. nyanyi dangdut lagu SER SER SER nan sendu tu je pun dulu.. mmg lain bebeno la ngan level tiga diva yg terbukti mng award vokal bagai zmn gemilang dorg...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059669 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top