CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Skodeng' Cikgu Dalam Tandas Wanita Diburu

7-9-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1161| Komen: 2

SHAH ALAM – Polis sedang memburu seorang lelaki yang tular mengintai guru wanita di tandas Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di sini, pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu melibatkan mangsa berusia  32 tahun yang membuat laporan polis pada 15 Ogos lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati guru itu membawa pelajar ke kompleks berkenaan bagi latihan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan.


“Sewaktu berada dalam tandas wanita, mangsa mendapati seorang lelaki mengintainya dari bilik bersebelahan.

“Mangsa mendakwa hanya sempat melihat paras kepala hingga mata suspek dan tiada sebarang peralatan dipegang untuk merakamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, lelaki itu keluar melarikan diri selepas mendengar jeritan mangsa dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berdekatan lain,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi  lebih dua minit memaparkan seorang lelaki berpakaian gelap mundar mandir di hadapan tandas tersebut dan suspek kemudian membuka pintu memasuki tandas berkenaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 7-9-2022 01:09 PM
Tempek mukanya takyah ngkaw nak blur kan
Quote stingergrumpy 7-9-2022 01:17 PM
Kalau yg ko cuba ngendap iteww ticher chzy ...memang menyesal tak sudah  ler ko......runway airport bayan lepas jer...

Kahkahkahkahkahkahkahkwh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048662 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top