CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Jadinya- Dua Ekor Gajah Jalan-Jalan Masuk Hospital, Rosakkan Dinding Dan Perabot

7-9-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 820| Komen: 3

Suasana di sebuah hospital tentera di Jalpaiguri, India bertukar kecoh apabila dua ekor gajah muncul secara tiba-tiba di dalam kawasan tersebut.

Haiwan berkenaan selamba berjalan di koridor dan bahagian dalam hospital, sekaligus membuatkan orang ramai terkejut.

Pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanta Nanda turut berkongsi video dan beberapa gambar ketika gajah berkenaan melakukan 'kunjungan' ke hospital tersebut.


Foto: India.com

Dilaporkan, haiwan itu turut merosakkan dinding hospital serta beberapa perabot.

Video aksi haiwan tersebut dimuat naik di media sosial dan mengundang reaksi lucu daripada netizen.

Ada yang mengatakan kemungkinan gajah berkenaan merupakan salah seorang 'pesakit' yang mahu mendapatkan rawatan.

"Ia adalah lawatan pemeriksaan mengejut untuk memeriksa sama ada semuanya baik-baik saja di hospital," tulis seorang pelayar yang lain pula. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-9-2022 12:05 PM
gajah di india kan dianggap suci. mybe ada la tu yag menyeru dia dtg untuk rawat kesembuhan
Quote KamikuP 7-9-2022 02:29 PM
Gajah tu bukan Tuhan ke bagi penganut gama Hindu?
Quote Highflyer19 7-9-2022 02:46 PM
Elephant and elephant fight the grass will suffer...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.220217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top