CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dah Teman 4,000 Pelanggan Sunyi Untuk Buat Duit RM319 Sejam

7-9-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1585| Komen: 17

Kos sara hidup yang tinggi dengan inflasi yang dijangka meningkat membuatkan penduduk dunia semakin kreatif mencipta pekerjaan.

Seorang lelaki di Jepun, Shoji Morimoto menawarkan perkhidmatan untuk menemani pelanggan dengan caj bayaran 10,000 yen (RM319) sejam bagi setiap sesi.


Reuters

Pekerjaannya itu tidak menuntut dia berbuat apa-apa, melainkan hanya perlu menjawab soalan yang ditanya pelanggan yang menyewa perkhidmatannya.

Pendek kata, dia tidak perlu memulakan perbualan tetapi jika diminta memberikan pandangan, dia tidak menolak untuk bercakap mengenainya.


“Tugas saya diperlukan untuk menemani pelanggan yang menyewa untuk tempoh tertentu.

“Saya hanya perlu duduk diam, menjawab soalan dengan jawapan ringkas apabila diajukan soalan,” katanya.

Morimoto mengiklankan perkhidmatan tersebut sejak 2018 dalam Twitter.

Antara skop kerja yang dilakukan antaranya adalah menemai pelanggan ke majlis, menikmati makanan di restoran dan menjadi pendengar sekiranya penyewa berdepan masalah.


Reuters

Lelaki itu pernah ditawarkan menjadi teman bergurau, membersihkan rumah dan peneman ke rumah hantu.

Sehingga kini, Morimoto sudah bertemu dengan 4,000 pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya.

“Ramai pelanggan yang sunyi dan memerlukan peneman tanpa perlu berbual.

“Ada juga yang segan nak keluar seorang diri tanpa teman kerana bimbang dengan pandangan orang ramai.

“Malah, ada pernah meminta ‘perkhidmatan tidak bermoral’ seperti berbogel, namun, saya menolaknya dengan cara baik,” katanya. 


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 7-9-2022 08:59 AM
Mcm best keje dia..haha
Quote esbok 7-9-2022 09:00 AM
dengan assumption :

dia buat 8 jam sehari, sejam satu pelanggan. Tanpa cuti, dalam tempoh setahun 4 bulan lebih, dia dapat sejuta suku ringgit.

laku tak nak buat kat malaysia, tapi takut hilang tanpa kesan pulak.
Quote pittjie 7-9-2022 09:06 AM
4 tahun buat keja ni dgn pelanggan seramai 4000 jumlahnya? purata ko layan perempuan sunyi ni dekat 3 org la sehari ya. sarapan pagi dgn org lain, mkn tgh hari dgn org lain .. makan malam dengan org lain. untung kau nak.
Quote pooh~key 7-9-2022 09:08 AM
Jepun dan weirdo berpisah tiada dek!
Quote SalenaGomez 7-9-2022 01:39 PM
Penah je baca kisah ni … servis ni dah lama ada kat jepun… bkn laki ni je yg buat..rasanya SG tgk documentary tu kat youtube… peneman ni not limited lelaki, perempuan pon ada

Servis nya lebih pd jadi teman, kawan, pendengar or apa2 yg diperlukan dari seorg manusia…depa ni workaholic sampai xde life, xde kawan, x reti nk ber sosial sampai level x tau mcm mana nak berkawan

Ada je yg request servis luar biasa n terpulang pada org tu nak buat ke x
Quote KamikuP 7-9-2022 02:32 PM
Ada bagi servis 'happy ending  atau b2b' tak? ekekekek
Quote mojarean_X 7-9-2022 02:35 PM
Mcm best je...tp kalo wat kt malaysia konpem jd mangsa culik & samun
Quote zehra2 7-9-2022 03:04 PM
kat jepun boleh laa.. tp kat malaysia ni payah sbb org malaysia kedekut.
lebih suka luah dalam forum
paling teruk maki hamun, kena cantas point je
Quote JunkMail 7-9-2022 03:08 PM
Aku tengok ni kat YouTube. Kerja dia teman makan siap pakej makanan dibayar sekali. Teman pergi shopping. Tak perlu borak pun takpe. Sekadar jadi peneman.

Aku nak apply kerja ni.
Quote Supersirap 7-9-2022 05:29 PM
Inovasi dalam perkhidmatan Public relation
Quote matchstick 7-9-2022 05:37 PM
takde yg rupa helok sikit ke..atau rate ikut paras rupa. rm319 per hour tu rate yg paling murah
Quote tagas 7-9-2022 05:39 PM
Gundu2 jer yg ditemani nya tu
Quote selipar_hijau 7-9-2022 06:52 PM
Bestnya keja dia. Kt msia mcm tak selamat je nk buat pekerjaan mcm ni. Silap2 ghaib tak jumpa2 dah
Quote dani-rox 7-9-2022 07:01 PM
ohh ni mcm host club tp berkonsepkan freelance

jepun apa nak heran, yg ni kira lite2 jah... kat sana ada pink salon kunun utk pelanggan dah kawen tp takmo mencurang
Quote anony-mous 7-9-2022 07:06 PM
I pernah baca servis dia ni dlu. Ada dkt porem ni juga. Best la keje dia. Kalau i, i mau. Sbb xbuat benda bukan2. I boleh layan org bg pendapat etc
Quote anony-mous 7-9-2022 07:07 PM
dani-rox replied at 7-9-2022 07:01 PM
ohh ni mcm host club tp berkonsepkan freelance

jepun apa nak heran, yg ni kira lite2 jah... k ...

Pink salon tu mcm mana?
Quote dani-rox 7-9-2022 07:13 PM

temankan pelanggan minum sambil bg dia 'happy ending' dgn molot

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041900 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top