CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ukraine Pertimbang Benarkan Kandungan Pornografi Untuk Tingkat Perolehan Wang

7-9-2022 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 910| Komen: 3

Ukraine mempertimbangkan untuk membenarkan kandungan bahan pornografi.

Laman berita RT pada Selasa melaporkan, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengarahkan penilaian semula dilakukan sebagai respons kepada petisyen yang mengumpulkan 25,000 tandatangan untuk isu itu dipertimbangkan pihak berkuasa.



Gambar hiasan

Zelenskyy memberi isyarat bahawa beliau telah mengarahkan Perdana Menteri, Denis Shmigal untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dalam petisyen dan memaklumkan pengarangnya mengenai hasil pertimbangan.

Jelasnya, rakyat Ukraine ada hak kebebasan berfikir, bersuara dan meluah seperti termaktub dalam perlembagaan negara itu.


Bagaimanapun, peruntukan itu dihadkan termasuk oleh undang-undang mengenai Perlindungan Akhlak Awam yang melarang pengeluaran dan pengedaran bahan eksplisit.

Pengarang petisyen, Taras Syromskyi mendakwa undang-undang Ukraine dalam bidang itu mempunyai banyak jurang yang ‘memberi ruang untuk tafsiran’ terutamanya mengenai bagaimana erotisme ditakrifkan.

“Perundangan tidak menjelaskan dengan baik mengenai erotisme dalam seni dan bagaimana erotisme dianggap lucah,” tulisnya. 

Tambah Syromskyi, pengharaman bahan lucah juga boleh menggalakkan rasuah, sebaliknya kebenaran bahan lucah akan meningkatkan perolehan wang kepada belanjawan Ukraine.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 7-9-2022 08:55 AM
Strategi terbaik utk divert attention from war...
Quote esbok 7-9-2022 10:33 AM
tapi nanti otak rakyat ko nanti semua weng
Quote Supersirap 7-9-2022 11:38 AM
Banyak benda lebih manfaat boleh dilaksanakan, tetapi pilih juga pornografi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.105379 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top