CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurujual Gigih Kira Syiling Bila Wanita Pecah Tabung Beli Gelang, Cincin Emas

6-9-2022 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2736| Komen: 26

Tular rakaman video di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita membeli sebentuk cincin emas dan gelang tangan menggunakan duit syiling yang dikumpul.

Meskipun 'sukar' kerana perlu mengira longgokan duit syiling satu persatu, namun itu bukan satu masalah bagi peniaga kedai emas kerana apa yang penting adalah menggembirakan pelanggan.

Menceritakan momen tersebut, Juliana Zakaria yang mewakili Kedai Emas Odelon Jewels di Kuala Terengganu, Terengganu berkata, pihaknya menerima apa sahaja kaedah pembayaran termasuk menggunakan syiling.


Add Image Caption Here


Namun katanya, pembayaran menggunakan syiling mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan kuantiti yang banyak dan jumlah besar.


"Kami tidak mempunyai masalah jika pelanggan ingin membayar menggunakan duit syiling... cuma ambil masa lama kerana nak kira dan perlu panggil beberapa staf untuk membantu.

"Namun bagi pelanggan ini, duit syiling yang dibawanya adalah tambahan kepada jumlah yang tidak mencukupi sahaja dan selebihnya adalah duit kertas," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Juliana, pada awalnya dia agak terkejut apabila pelanggan menyatakan hasrat untuk membeli menggunakan wang syiling kerana ia tidak pernah berlaku.

Kata Juliana, kebiasaannya pelanggan akan membayar menggunakan tunai atau online transfer selari perkembangan teknologi kewangan semasa.

Bercerita lanjut, ujarnya, pelanggan terbabit merupakan seorang peniaga dan pelanggan tetap kedainya yang gemar menabung duit lebihan.

"Apabila simpanan dah banyak macam tu, dia berhasrat untuk membeli barang kemas sebagai self-reward. Tak pasti sejak bila tabungannya itu, tapi dia sering datang ke kedai emas kami untuk membeli.

"Saya panggil kak Noraini sebab memang dah familiar dengannya. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan datang bersama anaknya.

"Lagi pula dia ada beberapa lagi barang kemas yang dibeli di sini dengan menggunakan kaedah ansuran," jelasnya yang memperkenalkan kaedah tersebut bagi membantu wanita menggayakan emas.

Dalam pada itu, Juliana yang sudah empat tahun berkhidmat di kedai emas terbabit memberitahu, pada masa ini tidak ramai yang menerima duit syiling.

"Tak ramai yang nak terima duit syiling ni sebab renyah, jadi kami mengambil inisiatif sebaliknya sekali gus memudahkan orang ramai khususnya suri rumah yang ingin memiliki barang kemas idaman.

"Sebelum ini ada yang datang membeli menggunakan duit RM1 kerana musim raya... apa pun wang yang dibawa, kami terimanya," tambahnya.

Dia juga berhasrat untuk menyediakan mesin kira-kira wang syiling bagi memudahkan urusan bersama pelanggan jika ramai yang menggunakan wang tersebut dalam pembelian.

Terdahulu, videonya mengira duit syiling menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.



Salah seorang pelayar turut menyatakan pernah melakukan perkara sama di sebuah kedai emas ketika membeli barang perhiasan yang diminati.

"Tak apa janji duit. Ibu saya pun beli emas hari tu guna duit syiling hampir RM1,000. Semua staf kedai emas masuk dalam untuk tolong kira," kongsinya di ruangan komen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iraizz 6-9-2022 09:19 PM
Kena sediakan mesin kira syiling tu, mudah sikit
Quote CiliPadiSedap 6-9-2022 09:41 PM
rasanya kat bank ada cdm coint,   tak semua bank ada kena tanya kaunter.
Quote Rdizz 6-9-2022 09:57 PM
Ni baru menabung dr kecik beli jewellery, cincin permata ka.. baru real

Quote mojarean_X 6-9-2022 10:13 PM
Geng2 kak mah
Quote esbok 7-9-2022 09:05 AM
bagusnya kedai dia terima segala bentuk
Quote prince_marhaen 7-9-2022 09:53 AM
kalau meols pergi jelah bank dulu masukkan dalam coins CDM....transfer masuk account, pastu bayar guna wave...macam saja buang masa dua-dua pihak... tapi asalkan dapat content kan...sanggup ler kedai emas tu mengira... hihihi..
Quote kenyangperut 7-9-2022 10:25 AM
mcm susah plak nk kena pegi bank masuk coins kat cashier. bkn lama pun.
selalu bank akan suruh tinggal coins nnti ptg diaorg call update brapa jumlah
lepas masuk acc, beli ja la pakai wave/transfer
Quote hotmak 7-9-2022 10:31 AM
regular customer, siap boleh buat instalment kedai, mmg betul2 peminat emas ni
Quote pekanwoohoo 7-9-2022 10:48 AM
CiliPadiSedap replied at 6-9-2022 09:41 PM
rasanya kat bank ada cdm coint,   tak semua bank ada kena tanya kaunter.

CIMB Putrajaya ada CDM coin, tapi rasanya dah 10 kali jugak pergi sana konon nak guna, hampeh asik rosak. Bebal punya pengurusan, baik buang je mesin tu. Last sekali tukar duit syiling dengan kedai ECO dekat rumah, setel.
Quote krustykrab 7-9-2022 10:53 AM
prince_marhaen replied at 7-9-2022 09:53 AM
kalau meols pergi jelah bank dulu masukkan dalam coins CDM....transfer masuk account, pastu bayar gu ...

Bank mana tu yg ada coins cdm?
Quote Firenzza 7-9-2022 10:55 AM
Klau kak mah pecah duit tabung beli cincin, brp hari gamaknya kedai tu baru habis kira
Quote chocobozhere 7-9-2022 10:57 AM
Kenapa tak bank in dulu syiling tu.. Tak susahkan diri dan pekedai ke
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 11:00 AM
bukan ada limit ke jumlah coins yang boleh diterima untuk satu-satu transaction?
bukan tak boleh bawa gi bank dulu tukar..
nak nak kata peniaga..
Quote hanihan16 7-9-2022 11:01 AM
uih nak beli emas guna duit syiling! ni kena rakam ni, ni kena upload tiktok ni, ni viral ni nanti. ok jom rakam rakam. ha, dah upload dah? dah berapa like?
Quote supernaturalee 7-9-2022 11:09 AM
hanihan16 replied at 7-9-2022 11:01 AM
uih nak beli emas guna duit syiling! ni kena rakam ni, ni kena upload tiktok ni, ni viral ni nanti.  ...



i believe that's exactly the dialog...at least in his/her head






Quote akuHavocczz 7-9-2022 11:53 AM
pekanwoohoo replied at 7-9-2022 10:48 AM
CIMB Putrajaya ada CDM coin, tapi rasanya dah 10 kali jugak pergi sana konon nak guna, hampeh asik ...

ye.. iols dah pergi banyak CIMB yang ada coins machine ni merata KL and Selangor since 2 tahun lepas. tak jumpa jumpa jugak. semua rosak. tah bila nak elok pun tahu
Quote prince_marhaen 7-9-2022 12:30 PM
krustykrab replied at 7-9-2022 10:53 AM
Bank mana tu yg ada coins cdm?

maybank, cimb & hong leong banyak branches dah ada sis
Quote shernazz 7-9-2022 12:39 PM
Maybank.putrajaya pung ado
Iols.tinggalkan aje kat staff n nnt dia bg thru bank acc ajo...
Quote Tunan 7-9-2022 12:43 PM
Kampung sangat kot
Malas nak singgah bank..
Kedai emas tu pun area tmpt akak tu berniaga agaknya

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top