CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Kereta Honda Baru Musnah Treler Terbakar

6-9-2022 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1294| Komen: 5

Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat Pedas, di sini, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Izwan Md Said berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Kota dan Alor Gajah (Melaka) digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 5.20 petang.


PASUKAN bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran melibatkan lori bersendi yang membawa kereta baharu dalam kejadian di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat Pedas, Rembau, Negeri Sembilan, petang inii. - IHSAN BOMBA


Menurutnya, sebaik sahaja tiba, didapati kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah lori bersendi membawa kereta baharu dan turut terbakar empat buah kereta.

“Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas kenderaan berkenaan. Empat daripadanya musnah 100 peratus, sebuah terbakar 50 peratus dan sebuah lagi tidak terbakar. Sehingga pukul 6.25 petang ini, operasi masih berjalan. Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi 24 saat membabitkan kejadian berkenaan. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 6-9-2022 10:13 PM
Banyak rugi tu
Quote scorpionkiki 6-9-2022 10:42 PM
Takper...insurans tlg bayarkan. Selama ni entah2 insurans tak pernah rugi insure kereta2 in transit ni
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 09:52 AM
masuk waiting list semula la yang beli tu..
bertabah la menunggu..
kot dah excited nak balik kampung raya deepavali nanti..
Quote tri-max 7-9-2022 11:35 AM
sedapnya bau kereta baru keluar kilang... skrg bau asap jahhh
Quote Dalcott 7-9-2022 12:49 PM
klu belum register selamat. klu dah register kene buyback

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.051190 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top