CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Saudara Umur 19 Tahun Dalang Pecah Masuk Rumah Pelabur Forex, Rugi Lebih RM600,000!

6-9-2022 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4920| Komen: 44

Polis menahan 12 lelaki berhubung kes kecurian wang tunai berjumlah RM430,000 dan barang kemas bernilai RM200,000 dari rumah seorang pelabur forex.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapat makluman dan bertindak selepas seorang pelabur forex membuat laporan polis pada 25 Ogos.



"Lelaki berusia 30-an itu mendakwa rumah sewanya dipecah masuk.

"Dia juga mendakwa wang tunai berjumlah RM430,000 dan barang kemas bernilai RM200,000 telah dilarikan dari rumah itu," katanya dipetik dari mStar.


Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa mendakwa wang yang disimpan itu diperoleh melalui pelaburan forex sejak 2020.

"Berdasarkan maklumat risikan yang dikumpul, polis kemudian menahan 11 lelaki di sebuah stesen minyak di Seremban kira-kira jam 3.30 petang pada 31 Ogos.

"Kumpulan itu berkonvoi motosikal ketika polis menahan mereka," katanya.

Tambahnya, dalam tangkapan tersebut, polis turut menyita dua buah motosikal, enam telefon bimbit iPhone 13 Pro Max dan beg sandang jenama Coach.

Beliau berkata, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 20-an di sebuah rumah di Klang.

"Polis merampas dua lagi telefon bimbit iPhone 13 Pro Max, dua utas jam tangan, sebuah motosikal, dan wang tunai RM1,000.

"Sebelas lelaki yang ditahan itu membawa polis ke rumah masing-masing di sekitar Klang di mana polis merampas kemudian sebuah kereta Honda Civic, enam utas gelang emas, sepasang subang, motosikal dan alat ganti kereta, dua buah motosikal, empat topi keledar dan wang tunai RM55,950," katanya sambil menambah jumlah rampasan itu bernilai sekurang-kurangnya RM271,209.

Mohamad Fakhrudin berkata siasatan mendapati lima daripada 12 suspek yang ditahan terbabit dalam kes pecah rumah berkenaan.

"Siasatan kami mendapati dalang rompakan itu ialah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, yang merupakan anak saudara mangsa.

"Siasatan lanjut mendapati RM158,791 digunakan untuk membeli aplikasi permainan, membayar bil, membayar pengubahsuaian rumah serta urus niaga tunai lain," katanya.

Tambah beliau, salah seorang daripada suspek turut menggunakan wang tunai hasil rompakan itu untuk membeli barang kemas kemas dan menghadiahkannya kepada tunangnya.

Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-9-2022 09:33 PM
Influenza ke ni?


Quote miss_perfect 6-9-2022 10:10 PM
Simpan cash almost half million kat umah? Whoaa...
Quote VitchyPinkVitch 6-9-2022 10:44 PM
Yang beli barang kemas tu agak2 pasni masih nak kawin ke  x
Quote clarizsa 6-9-2022 10:59 PM
Banyak cash dia simpan dalam rumah
Quote hareeeesah 6-9-2022 11:04 PM
Forex apa baru sgt main dh ada byk tu.. scammer kne scam ke
Quote she 6-9-2022 11:27 PM
Gold Khan ke
Maap ler sebab teringat ritu dia post gambau cash

Tapi pencuri ni beli app game?
Kau beli apa dalam Steam tu dek
Ke kau beli skin?
Tikam barang guna UC?
Gila betul sampai berpuluh ribu
Quote VespaSilbe 7-9-2022 12:30 AM
P curik iPhone watpa.. bangangnyer
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 09:54 AM
lhdn sila siasat pulak yang dirompak
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 09:55 AM
clarizsa replied at 6-9-2022 10:59 PM
Banyak cash dia simpan dalam rumah

cara untuk lari cukai..


Quote black_handbag 7-9-2022 10:02 AM
muda lagi tapi malas keje. klu umo 60an tak bleh berjalan lainla jugak kesnya
Quote black_handbag 7-9-2022 10:02 AM
muda lagi tapi malas keje. klu umo 60an tak bleh berjalan lainla jugak kesnya
Quote matchstick 7-9-2022 10:11 AM
Ada duit cash cukup utk beli rumah..tapi duk rumah sewa je ke
Quote bakingsoda 7-9-2022 10:14 AM
depan jutawan forex, blkg mendobi ke ni? emm takde beza pon kalau isele sama2 haram je duit ko telan tu
Quote ifanonline 7-9-2022 10:16 AM
padan muka pelabur forex tu...duit forex adalah haram...hasil haram memang boleh di rompak
Quote mejaputih 7-9-2022 10:18 AM
fishy kan simpan duit cash gile byk dlm rumah sewa pulak tu...
Quote DayangKirana 7-9-2022 10:34 AM
tak caye bank kekdahnye...tu yang simpan cash kat rumah.
Quote Triple_8 7-9-2022 10:42 AM
Aku cukup prejudis dengan pelaburan forex nih.
Quote pekanwoohoo 7-9-2022 10:54 AM
matchstick replied at 7-9-2022 10:11 AM
Ada duit cash cukup utk beli rumah..tapi duk rumah sewa je ke

Kalau beli rumah landed bayar bulan-bulan paling cikai rm2k lebih bayar bulanan loan, kena pulak ada maintenance fee, tambah lagi rm200-300. Cukai pintu lagi, indah water lagi, kos repair lagi kalau ada apa-apa masalah. Kalau sewa biasa baru rm1500++, included semua. So mana lagi bijak?
Quote hotmak 7-9-2022 11:08 AM
simpan cash kat rumah, lps tu rumah pun sewa

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.115894 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top