Selepas mendedahkan menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya sendiri menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube pada Sabtu lalu, pelakon Puteri Balqis akhirnya membuat laporan polis berhudung dakwaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan tersebut daripada remaja berusia 15 tahun itu pada pukul 10.25 malam, Isnin lalu. Wan Azlan berkata, dalam laporan tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish menyatakan telah diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.
Dalam laporan sama, mangsa memaklumkan gangguan tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017. "Laporan polis tersebut menyatakan mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya dan kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa. Dalam pada itu, Wan Azlan memberitahu, kejadian berlaku semasa mangsa berusia enam tahun ketika tinggal di kawasan Subang Jaya, Selangor. "Suspek melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibu mangsa tiada bersama di rumah," jelasnya. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah. Aqish memberitahu pengalaman pahit ketika kecil telah memberi kesan emosi yang mendalam. Dalam temuramah itu, Aqish mendakwa pengalaman pahit itu telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya hari ini.
|
cmf_premierleag replied at 7-9-2022 09:06 AM
Kesian PB ni..baru 15thn rupanya
Masih underage lg
Meh la duk je dgn akak dik...umah akak ada guestr ...
Acikgomen replied at 7-9-2022 09:12 AM
Akak kewwwwwww
Samerosie replied at 7-9-2022 09:16 AM
Tersembur laksa baca ni hehehehe...
Acikgomen replied at 7-9-2022 09:19 AM
Amboiiii mcm org kola peghelih aihh pepagi makan laksa
cmf_premierleag replied at 7-9-2022 09:06 AM
Kesian PB ni..baru 15thn rupanya
Masih underage lg
Meh la duk je dgn akak dik...umah akak ada guestr ...
sangbara2020 replied at 7-9-2022 09:04 AM
dh kau buka aib keluarga, hrp kau xde la nak menyeksi..
aku xtau kenapa aku kureng sikit dgn si balk ...
ADVERTISEMENT