CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Dah Buntu Cari Zalina Azman?

6-9-2022 07:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2033| Komen: 8

Usaha polis menjejaki bekas pembaca berita Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 24 November lalu masih menemui jalan buntu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim juga berkata, pelbagai usaha telah dibuat termasuk daripada pihak forensik Bukit Aman juga tidak membawa hasil.



“Pada Selasa (hari ini) jam lebih kurang 10 pagi tadi pihak forensik dari Bukit Aman telah hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Zalina.

“Namun, pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu gagal menemui apa-apa petunjuk untuk membantu perkembangan siasatan kes ini,” kata beliau dalam kenyataan ringkas sebentar tadi.


Pada 22 Ogos yang lalu, polis mengesahkan pihaknya sudah selesai mengambil keterangan daripada seorang rakan yang dipercayai sebagai individu terakhir telah berjumpa bekas pembaca berita itu sebelum dia dilaporkan hilang.

Selain individu itu, polis turut menyiasat kontraktor dan dua pekerja yang pernah terlibat dalam kerja pengubahsuaian rumah Zalina.

Katanya, hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina.

Malah, setakat ini tiada perkembangan terbaharu melibatkan kes itu. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Heydidle 7-9-2022 03:07 AM
Forensic dtg cek x jmpa2 ka
Quote sangbara2020 7-9-2022 07:42 AM
aritu ckp dh jpe...
jd gelandangan..kan?
Quote supernaturalee 7-9-2022 07:52 AM
she doesn't want to be found, i guess
Quote 3chanceno 7-9-2022 09:25 AM
Mintak tolong cara traditional cam makcik yg hilang dlm kebun kelapa sawit tu...
Quote Rdizz 7-9-2022 09:38 AM
Baru nk buat forensic check dr hari tu lepas ank dia repot polis? Lamanya..
Quote LadyCarefree 17-11-2022 01:41 AM
benang ni paling latest.

tak ada update pasal zalina?
Quote Babai 17-11-2022 02:05 AM
LadyCarefree replied at 17-11-2022 01:41 AM
benang ni paling latest.

tak ada update pasal zalina?

Tak selesai lagi ke kisah dia?
Quote Highflyer19 17-11-2022 08:00 AM
Semoga ditemui...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055048 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top