CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk China Dikawal Dron Jalani Perintah Berkurung

6-9-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 704| Komen: 2

Pemerintah China menggunakan dron yang dilengkapi pembesar suara bagi memberi amaran kepada penduduk blok-blok apartmen yang dikenakan perintah berkurung supaya kekal berada di rumah masing-masing, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Satu rakaman video menunjukkan dron polis terbang hanya beberapa meter dari tingkap rumah penduduk dan mengeluarkan amaran peraturan perintah berkurung Covid-19 menggunakan suara robot wanita.


Tangkap layar video memaparkan dron polis China yang berlegar hanya beberapa meter dari tingkap rumah penduduk. - Twitter

“Komuniti ini berada dalam arahan perintah berkurung. Sila kekal berada di rumah atau bilik anda,” demikian arahan yang dikeluarkan dron tersebut.


Situasi kawalan dron itu berlaku ketika bandar Chengdu yang menempatkan 21 juta penduduk dikenakan perintah berkurung sejak Khamis lalu selepas 157 jangkitan baharu direkodkan semasa Beijing terus melaksanakan dasar sifar Covid.

Sementara itu, bandar Wuxi yang merupakan hab pembuatan di timur China dengan populasi seramai 7.5 juta orang turut mengalami situasi serupa apabila video tular memaparkan sebuah dron berlegar-legar hanya beberapa meter dari tingkap blok apartmen.

Seorang penduduk menggambarkannya sebagai ‘mimpi ngeri kesengsaraan dalam realiti’.

Penggunaan dron oleh pihak berkuasa China untuk menguatkuasakan sekatan Covid-19 yang ketat kini telah menjadi satu pemandangan biasa.

Selain dron, anjing robot juga telah digunakan di beberapa bandar untuk memberitahu penduduk tempatan supaya tidak keluar rumah, mencuci tangan dan memeriksa suhu badan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 6-9-2022 07:06 PM
Bila ini ? Baru² ke ?
Quote batmana 7-9-2022 02:14 PM
Buat kt Shenzen la..tu 90%pengeluaran brgn lptp dunia ada kt situ..mau mencanak harga komputer

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.117617 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top