Pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof bersuara tentang isu sensasi mengaitkan Padu Citra.
Menjengah ke Instagram aktor dan pengarah ini, Eizlan memuat naik video di media sosialnya berharap berita tentang Padu Citra yang bakal kembali dihidupkan semula hanya sekadar khabar angin semata. Eizlan mendedahkan program yang ditubuhkan dibawah Finas ini sebenarnya memeras anggotanya dan mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan warga industri seni bekerja jika tidak menjadi mana-mana ahli persatuan yang ada.
Dalam video tersebut, Eizlan dengan tegas memberi amaran agar individu bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan ke atas penggiat seni yang bekerja sebagai pelakon mahupun sebagai yang bertugas disebalik tabir. Murai MY melihat pula coretan yang ditulis Eizlan di ruangan kapsyen, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika program tersebut diwujudkan kembali. Video yang dikongsikan Eizlan mendapat perhatian warganet, menjengah ke ruangan komen rata-rata ramai yang menyokong apa yang dikatakan pelakon dan pengarah terkenal ini. Sekadar info, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr. Ahmad Ibrahim menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mewujudkan kembali program Padu Citra yang telah dimansuhkan pada tahun 2021 untuk menggalak penggiat seni menjadi ahli FDAM. Sumber: Murai |
Padu Citra adalah satu program di dalam Finas yang ‘memberi’ kuasa kepada persatuan-persatuan yang terlibat untuk memeras ahli-ahli mereka.
Maksudnya di sini sekiranya mereka tidak menjadi ahli mana-mana persatuan yang ada. Dan juga tidak membayar yuran dan sebagainya mereka tidak dibenarkan untuk bekerja, untuk mencari rezeki di dalam industri.
Tak kiralah pelakon atau pun pekerja belakang tabir. Jadi ini akan memberikan satu impak yang sangat negatif.” Ujarnya
ADVERTISEMENT