CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Oh, Tak Payahlah' - Respons KJ Bila Ditanya Isu Bertanding Di Seremban

6-9-2022 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1266| Komen: 7

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal “kunci mulut” dan enggan mengulas cadangan untuk bertanding bagi kerusi Seremban pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


“Oh ‘tak payahlah’ (tak payah lah),” jawabnya ketika ditanya media dalam satu sidang media selepas lawatan kerjanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.


FB KJ

Pada Ahad, Khairy mengesahkan beliau akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi parlimen Rembau dan beliau akan mengikut barisan parti tetapi menyatakan ia akan menyebabkan beliau tidak mempunyai tempat yang jelas untuk bertanding semasa PRU15 – yang kemudiannya mungkin ada untuk duduk di luar.


Mohamad hasan, yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau, berkata beliau mahu bertanding tetapi setakat ini enggan mendedahkan kerusi parlimen mana yang akan ditandinginya pada PRU15.

Berikutan itu, terdapat gesaan daripada Pemuda Umno Seremban agar Khairy, yang telah menjadi ahli parlimen Rembau selama hampir 15 tahun, supaya menganggap kawasan Seremban sebagai alternatif kepada Rembau.

Ahli Parlimen Seremban dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke dalam kenyataannya hari ini menegaskan beliau bersedia untuk menentang Khairy, sekiranya bertanding di kerusi Seremban.

Anthony berkata, Khairy merupakan ahli politik yang berkaliber dan akan tetap mempunyai sokongan yang kuat, tidak kira di mana dia bertanding.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 7-9-2022 12:12 AM
Sebagai org born, raise and live in Seremban, rasanya Anthony Loke lebih layak.
Quote kakikuDibibirmu 7-9-2022 01:12 AM
'Oh, Tak Payahlah' - Respons KJ Bila Ditanya Isu Bersanding Di Seremban
Quote akuHavocczz 7-9-2022 11:28 AM
benda senang je ni, nanti dia suruh lah recount undi berkali kali sampai undian dia lead. macam tak pernah guna taktik sebelum ni
Quote lurve82 7-9-2022 11:32 AM
iols org tampin tp ddk sban dan keje dkt PD...dh kenapa dorg2 ni dok ckp dkt n9 je? byk tmpt lain lg..
Quote Kak-Rohana 7-9-2022 11:39 AM
Antibaksin… perokok, vape tak payah undi dia. Biar karam sama Tok Mat pro kluster makamah.
Quote alesandra 7-9-2022 11:12 PM
biarlah jela kj bertanding kat seremban tu.sakit pulak hati aku baca muda ngan dapig nego pasal kerusi.celaka dapig ni
Quote kakikuDibibirmu 7-9-2022 11:18 PM
lurve82 replied at 7-9-2022 11:32 AM
iols org tampin tp ddk sban dan keje dkt PD...dh kenapa dorg2 ni dok ckp dkt n9 je? byk tmpt lain lg ...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sundri, helok lagi negeri sembilan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043390 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top