Seorang atlet renang berirama dari Amerika Syarikat (AS), Kristina Makushenko menjadi sensati internet disebabkan aksinya berjalan dalam air secara terbalik, lapor laman berita India Today kelmarin.
Makushenko yang juga juara dunia empat kali dalam acara renang berirama memuat naik video tersebut di laman Instagram. “Boleh pusingkan telefon jika pergerakan ini memeningkan kepala anda,” tulis Makushenko. Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 54 juta tontonan dengan pengguna media sosial menyatakan kekaguman terhadap skil wanita itu.
|
ADVERTISEMENT