CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahu Anak Jadi Pelajar Terbaik, Ibu Racun Mati Rakan Sekolah

6-9-2022 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1179| Komen: 5

Seorang wanita membunuh rakan sekelas anak lelakinya yang berusia 13 tahun di sekolah dengan memberikan jus yang mengandungi racun.

Wanita itu disyaki berbuat demikian bagi membantu mengatasi masalah dan tekanan yang menyelubungi anak lelakinya dengan rakan sekelas dalam usaha mencatatkan pencapaian akademik terbaik dalam kelas.

Jurucakap polis Tamil Naadu mendakwa wanita itu disyaki bertindak demikian kerana kecewa dan berang dengan mangsa yang sentiasa menjadi penghalang kepada anaknya menjadi pelajar terbaik.


Suspek wanita Sagayarani kini ditahan dan disiasat polis di Tamilnadu. Kredit Foto Indiatoday.com


Mangsa, Bala Manikandan meninggal dunia Sabtu lalu selepas menerima rawatan di hospital selama seminggu.

Semasa kejadian, mangsa dilaporkan mengalami rasa mengantuk selepas pulang dari sesi latihan Sambutan Hari Ulang Tahun sekolahnya.

Mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa dia pengsan setelah meminum air jus yang diberikan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ibu mangsa dan ahli keluarganya kemudian mula menyoal pengawal keselamatan tujuan memberikan jus kepada anaknya.

Pengawal keselamatan sekolah mendedahkan bahawa dia menerima minuman itu daripada seorang wanita yang mendakwa jus itu dihantar Bala.

Pihak berkuasa yang merujuk kepada Kamera Litar Tertutup (CCTV) sekolah mendapati suspek menyerahkan botol minuman kepada pengawal keselamatan yang membolehkan polis menjejaki wanita tersebut, Sagayarani Victoria.

Soal siasat polis menyaksikan Sagayani mengaku membunuh mangsa menyebabkan beliau ditahan polis.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 6-9-2022 06:44 PM
ni baru betul emak kiasu yg rasa anak dia yg terpalinggggg dlm semua benda
Quote CariMalay 6-9-2022 07:17 PM
Muka dah la hodoh, lepas tu jahat pulak tu
Quote Tembikaigoreng 6-9-2022 08:52 PM
Gile ke makcik
Quote Suchi 6-9-2022 08:56 PM
Ko ke penjara tak memasal
Masa depan anak ko pun punah ranah.
Quote nirose 6-9-2022 09:07 PM
Perghhh ini lagi advance dari Sky Castle

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038384 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top