Puteri Sarah baru-baru ini mendedahkan keadaannya yang teruk semasa menghadapi kemelut rumah tangga bersama Syamsul Yusof.
Katanya, dia memukul anak lelakinya Syaikhul yang ketika itu baru 2 tahun kerana berasa tertekan. "Bila saya stres dulu, saya lepaskan pada anak saya. Saya pukul Syaikhul. Masa tu dia baru 2 tahun, dan masa tu dia tak tahu apa-apa. Ya anak-anak tak ingat, tapi saya sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia. Saya rasa bersalah. "Saya bukan sengaja, Saya tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala saya. Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukul anak saya.
Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya tak nak cakap apa apa. Saya kata saya diet. Bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul," katanya kepada Majalah Nona.
|
DYApok replied at 6-9-2022 06:10 PM
Terasa sedih bila tgk Ps tidak dapat menahan airmata bila menceritakan saat dia tak dpt terus menyus ...
botol_tritan replied at 6-9-2022 05:43 PM
Kesian anak2. I faham je perasaan itu. I sendiri pun time tgh gaduh dgn husband haritu, anak pulak m ...
ADVERTISEMENT