CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dibayar Gaji Tujuh Bulan, Tujuh Pekerja Nekad Telan Racun Di Tempat Kerja

6-9-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 730| Komen: 1

 Gara-gara tidak dibayar gaji selama tujuh bulan, tujuh pekerja kilang di India tekad menelan racun di tempat kerja.

Kejadian yang berlaku di Indore, Madhya Pradesh, itu menyaksikan tujuh orang pekerja di sebuah kilang pengeluar alat dapur  tekad berbuat demikian selepas dimaklumkan mereka bakal dipindahkan ke kilang yang lain.
 
The Independent melaporkan, salah seorang daripada mereka mendakwa bahawa syarikat itu sebenarnya ingin membuang pekerja, namun mereka mengambil langkah yang lebih ‘halus’ untuk berbuat demikian.

Foto: The Independent

"Pemilik syarikat memberitahu kami bahawa kami perlu mendengar arahan daripada pihak pengurusan dan tidak boleh bertanya kepadanya.


"Apabila kami pergi kerja pada hari ini di syarikat lama, mereka berkata tiada kerja untuk kami.

"Kami tahu syarikat akan dapat pekerja lain dari Delhi dan Mumbai yang ada lebih banyak pengalaman dalam bidang yang sama.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh pekerja berkenaan dikatakan tidak menerima gaji secara tetap sejak tujuh bulan lalu.

"Pekerja-pekerja tersebut sudah bersetuju dua hari lepas. Tapi lepas tiba di kilang sekitar 11 pagi, mereka menunjukkan bantahan terhadap pemindahan tersebut dan membuat percubaan ‘tamatkan nyawa’ dengan makan racun.

Walau bagaimanapun, wakil syarikat berkenaan menafikan dakwaan tersebut, selain menambah bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan tentang rungutan tujuh pekerja berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 6-9-2022 07:19 PM
Kuat spin dan manipulasi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.027680 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top