Pekerja landasan dan rakan-rakannya dah bagi amaran namun sikap degil seorang lelaki membawa padah apabila dia cedera parah dilanggar kereta api.
FirstPost melaporkan dalam kejadian yang berlaku di Kazipet Telangana, Akshay Raj, dirempuh ketika sedang cuba membuat content untuk dimuat naik ke akaun Instagramnya. Bagaimanapun, aksi itu terbukti gagal, dan akibat impak perlanggaran itu, dia terpelanting. Keseluruhan kejadian itu dirakamkan dan klip itu telah tular. Video itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dengan kapsyen, “Remaja 17 tahun cedera parah ketika membuat Instagram Reels di landasan kereta api berhampiran Kazipet di Telangana.” Menurut laporan Telangana Today, Akshay adalah pelajar dari Waddepally. Dilaporkan, selepas kejadian itu, seorang pengawal kereta api terus menghubungi polis. Tidak lama selepas itu, sebuah ambulans membawa remaja terbabit ke Hospital MGM kendalian kerajaan. Dia kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta oleh keluarganya. Menurut laporan hospital, Akshay telah mengalami patah tulang kaki dan kecederaan di muka.-CARI |
Perwira2022 replied at 6-9-2022 04:41 PM
Baguslah dalam mengurangkan populasi B40
ADVERTISEMENT