CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Remaja Sewajarnya Tutup Aib, Tak Dedah Sikap Buruk Bapa-Menteri

6-9-2022 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2304| Komen: 12

Pelakon berusia 15 tahun yang baru-baru ini mendedahkan sikap buruk bapanya dalam satu program broadcast di YouTube sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu pada orang ramai.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, remaja itu sewajarnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

"Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai.

"Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di sini, hari ini.

Foto: Harian Metro


Idris menjawab dakwaan pelakon berkenaan baru-baru ini, yang mendedahkan sikap buruk bapanya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dalam reaksi semalam juga bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat. CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 6-9-2022 04:37 PM
Like how Menteri di Jabatan Perdana Menteri tutup mata issue rasuah, penindasan
Quote 3chanceno 6-9-2022 04:46 PM
Muntri bila nak  komen pasal isu kluster mahkamah?  Kes yang dah selesai pun ada & yg masih berjalan pun ada.
Quote CariMalay 6-9-2022 04:50 PM
Wei bodoh, kalau kau tutup kegiatan jahat orang ramai dan terus selindungkan penjenayah macam ni, ada kemungkinan diorang akan lakukan jenayah sama kat tempat lain sebab diorang rasa takde siapa yg boleh tangkap diorang. Orang suruh tutup aib  bila orang tu dah bertaubat, bukannya time diorang masih lakukan. Bodoh punya ustaz
Quote friedfishsoup 6-9-2022 04:53 PM
Salah bod la
Quote mrsLucky 6-9-2022 04:58 PM
Kalau x silap Balqis ada cakap minta maaf mak tapi Balqis dah tak tahan..so she speak out..

Kalau i as a Balqis mother..waktu bapa mastrubate depan ibu dan anak..i dah pi lapor kat polis...samurai yang selalu di asah itu x akan menghalang i. sakit hati i not only to her dad but mom as well.

But no prove hanya hearsay... i x think kalau betul pun bapa Balqis tak akan apa2.

But i believe kata Balqis because i pun sampai sekarang tak bersuara bila di french kiss oleh abang kawan i waktu i kecik. Cakap mak pon x. Budak akan rasa Shame, guilt dll.
Quote orangbiasaje 6-9-2022 05:51 PM
Bab sembunyi tak setuju, tapi bab podcast tu ya, salah ruang. Kalau buat dgn WAO, aktivis2 domestic assault n sexual abuse punya talk atau channel, better, sbb org2 tu lahi pandai handle. Yg channel tu lebih pada kontroversi sensasi je.
Quote msdummy.2018 6-9-2022 05:52 PM
Kenapa nk sembunyi kalo dh terang2 bapak ko biawak?
Quote sunshinelady 6-9-2022 07:33 PM
this is the way a male chauvinistic unfair 'leader' treats this issue. tengok nasib kebanyakan (bukan semua) ibu2 tunggal & anak2 mereka. tengok mcm mana mahkamah syariah handles cases lelaki gantung isteri & anak2 tak bertali. tengok mcm mana the law handles cases of ustaz2/ ahli keluarga/ kabelnye cabul anak murid. tengok mcm mana these 'leaders' tangani masalah domestic abuse yg jugak merangkumi physical, sexual, emotional abuse + neglect.
Quote jambatannetizen 6-9-2022 08:05 PM
friedfishsoup replied at 6-9-2022 04:53 PM
Salah bod la

Tutup thread ini plis
Quote ctnorpropa 6-9-2022 10:29 PM
Kena bezakan jenayah dengan aib ya pak menteri
Quote adeqbun 6-9-2022 10:31 PM
Aku doa la menteri ni kene molest kow2..sile tutup aib ye..aku x doa utk anak pompuan die..tp kene ke die..org gile slh aim...
Quote Harley_Quinn 7-9-2022 11:58 AM
Rina Harun tu tunggu report br nk tlg ke?
Xde report senyap laa wlupun cerita ni dia dah tawu?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.115602 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top