CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bakal Dipenjara Sebab Bela Anak Luar Nikah Rakannya

6-9-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1230| Komen: 6

SULAWESI: Seorang wanita tidak menyangka niatnya untuk memelihara bayi yang merupakan anak luar nikah hasil hubungan terlarang rakannya dengan seorang anggota polis menyebabkan dia bakal dipenjara.


Wanita yang dikenali sebagai Yulis itu menceritakan, dia dimaklumkan mengenai kelahiran bayi tersebut oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai RI.

RI memaklumkan bayi itu akan diserahkan kepada pihak lain jika tiada yang datang untuk mengambilnya dan demi naluri keibuannya, Yulis meminta izin suaminya untuk menjaga bayi tersebut.


Foto: Kompas.com

Selepas mengambil bayi itu, Yulis diberitahu oleh RI bahawa bayi itu merupakan anaknya hasil hubungan terlarang dengan kekasihnya yang bekerja sebagai anggota polis.


“Kemudian, saya bertanya kepada RI adakah dia sudah ceritakan hal sebenar kepada ibu bapanya mengenai kelahiran tersebut dan RI hanya maklumkan dia takut dan malu,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Yulis, lapan bulan kemudian, RI hamil sekali lagi hasil hubungan dengan polis tersebut dan Yulis menggesa rakannya itu menceritakan hal sebenar kepada keluarganya.

“Selepas RI beritahu keluarganya mengenai apa yang berlaku, keluarganya terus menuntut anak pertama RI dari saya.

“Saya maklumkan, saya sudah menyediakan dokumen yang sewajarnya untuk menjadikan anak pertama RI sebagai anak angkat, namun perkara itu ditolak keluarga RI.

“Disebabkan tidak berpuas hati, keluarga RI membuat laporan polis dan kini saya menjadi suspek bagi dakwaan membuat dokumen kelahiran yang tidak sewajarnya,” ujar wanita itu.

Dalam pada itu, jurucakap polis Sulawesi Selatan, Komang Suartana berkata, Yulis tidak sepatutnya dijadikan suspek kerana jelas wanita itu menjaga bayi tersebut atas dasar kemanusiaan.

“Ibu bayi itu sendiri bersetuju menyerahkan bayinya kepada Yulis dan dalam kes ini, keluarga si ibu yang membantah.

“Sepatutnya, Yulis tidak perlu dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 6-9-2022 04:15 PM
Maciam maciam. Sekali trlanjur tu blh dimaafkan lg, ni dh seken time
Quote supernaturalee 6-9-2022 04:15 PM
i should stop read when i saw Sulawesi

Quote KIM.K 6-9-2022 04:16 PM
Edited by KIM.K at 6-9-2022 04:18 PM

Oo bukan buat dokumen palsu tapi kesalahan buat dokumen dengan nawaitu
Rasanya kesalahan simpan anak orang tanpa pengangkatan. Patutnya serah balik waris anak tu keluarga mak kandung
Quote CariMalay 6-9-2022 04:53 PM
Macam sial je polis sana
Quote orangbiasaje 6-9-2022 06:04 PM
Cokoro: Maciam maciam. Sekali trlanjur ...


Mana dia cakap ada anak kedua uols? Kot2 anak pertama tu maksudnya anak yang pertama kalinya dilahirkan.
Quote orangbiasaje 6-9-2022 06:07 PM
CariMalay replied at 6-9-2022 04:53 PM
Macam sial je polis sana

Keluarga kawan dia yang serahkan anak tu yang buat laporan polis. Kalau ada laporan, terpaksa siasat.

Jurucakap polis tu sendiri defend Yulis tu:

Dalam pada itu, jurucakap polis Sulawesi Selatan, Komang Suartana berkata, Yulis tidak sepatutnya dijadikan suspek kerana jelas wanita itu menjaga bayi tersebut atas dasar kemanusiaan.


“Ibu bayi itu sendiri bersetuju menyerahkan bayinya kepada Yulis dan dalam kes ini, keluarga si ibu yang membantah.


“Sepatutnya, Yulis tidak perlu dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034725 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top