CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Dua Lelaki Di Media Sosial- Duit RM199,550 Milik Pesara Lesap Angkara Love Scam

6-9-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1247| Komen: 13

Kuala Terengganu: Pesara kerugian RM199,550 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan dua lelaki menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian bermula apabila wanita lingkungan 50-an berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook pada awal Julai lalu.

Katanya, mangsa kemudian berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum ditawarkan hadiah sekeping cek bernilai 145,000 USD (RM650,000).


Gambar Hiasan

"Mangsa seterusnya diarahkan membuat pembayaran bagi melepaskan cek yang dijanjikan dan mangsa membuat 13 transaksi ke dalam satu akaun bermula 10 hingga 17 Ogos lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM124,000.


"Tidak lama kemudian, mangsa berkenalan dengan seorang lagi lelaki menerusi Facebook sebelum berurusan melalui WhatsApp dan ditawarkan hadiah barangan kiriman berupa wang tunai dan barangan perhiasan.

"Mangsa sekali lagi diminta membuat pelbagai bayaran untuk melepaskan barang kiriman dengan pihak Kastam membabitkan 13 kali transaksi ke dua akaun berbeza dalam tempoh enam hari bermula 23 Ogos lalu dengan nilai pembayaran sebanyak RM75,550," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa bagaimanapun tidak menerima hadiah yang dijanjikan dan kerugian RM199,550.

Katanya, mangsa yang percaya dirinya menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis pada Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dikenali menerusi laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seperti Love Scam dan sebagainya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 6-9-2022 12:36 PM
aku rasa byk jd mcm ni sbb ada byk duit dalam bank.. sbb tu la ringan je tangan nak transfer... tp tu la... kalau xde duit, love scam pon xmo dekat,
Quote supernaturalee 6-9-2022 12:38 PM
mesti die pk
klu transfer bnyk2 kali still ade untung kt situ lps tolak

Quote tikusmontok 6-9-2022 12:41 PM
Pesara gomen baru dpt duit ganjaran kah?
Quote KamikuP 6-9-2022 02:42 PM
Acik acik gomen amik ni buat pengajaran yaach
Quote Imkhai 7-9-2022 12:47 AM
Aku dlm forum ni pon ada je nk brkenalan PM aku segala rsnya org luar siap bg no wasap lg dasar scammer sila la mereput ko sana
Quote zuuu 7-9-2022 01:45 AM
Dah kenapa ko bodoh sanggat makcik???aq pulak yg rasa nak menangis baca thread ni
Quote zehra2 7-9-2022 07:29 AM
ni jenis berahsia dgn anak2 kot dpt duit ganjaran pencen. bkn nya anak nk mintak duit pun. cuma kalo tanya2 psl scammer ni tentu anak boleh nasihatkan.
kot aku ni asyikla dpt call ckp ada brg kt pjbt pos. dah kita tk beli apa2.. lantak la ko mereput kat situ
Quote JulietTheOrange 7-9-2022 08:18 AM
nie mst acik kurg kasih syg nie
asik berkenalan ngn lelaki je lepas sorg, sorg
Quote Cokoro 7-9-2022 08:21 AM
Kwn mak i duk bknalan dgn laki muda. Iols ckp lah klu dah start2 mntk duit tu scammer lh tu. taknk gtau anak sbb takut kne marah.
Quote mejaputih 7-9-2022 08:23 AM
zehra2 replied at 7-9-2022 07:29 AM
ni jenis berahsia dgn anak2 kot dpt duit ganjaran pencen. bkn nya anak nk mintak duit pun. cuma kalo ...

Cuba jwb blk saya taknak amik sbb sender hantar bom dlm tu..
Quote Kitty_catz 7-9-2022 08:26 AM
mak sapa ni ? kakak sapa ni? mocit sapa ni?

ngaku cepat...

dah 2022 acik oiii...
Quote rosmahisham 7-9-2022 08:53 AM
Aku haritu ada install VIU lps dr tu dpt la  caller mengarut2..selain dr acc bank berduit ,hati2 jgk kita intall apps tu  duk mtk no tel tu mmg bahaya!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036338 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top