Sentiasa dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai status terkini hubungannya bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli akhirnya tampil bersuara memberikan penjelasan menerusi Instagram Stories miliknya. Menurut Iqbal, dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan dengan DSV dan menegaskan ia adalah keputusan muktamad untuk hidupnya. “Tidak putus orang bertanya hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Di sini saya jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara saya dengan beliau.
“Tidak bergaduh tetapi saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad untuk hidup saya.” Dalam pada itu, Iqbal turut berharap agar kontroversi hubungannya bersama DSV dapat dihentikan. “Berharap kontroversi ‘hubungan’ saya dengannya dihentikan. Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. “Saya tidak mahu bazirkan masa.” |
tikusmontok replied at 6-9-2022 12:23 PM
G mamp la u2...ada sesiapa kesah??
ADVERTISEMENT