CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Mentua Merayu Untuk Berbaik- Wanita Lunyai Dibelasah Bekas Suami, Dilema Nak Rujuk Semula

6-9-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4901| Komen: 70

PETALING JAYA – Seorang wanita sedang dalam dilema sama ada ingin mengikut kehendak hati atau mengutamakan anak-anak jika tidak dapat kasih sayang seorang ayah sekiranya dia memilih untuk terus berpisah dengan bekas suaminya.


Luahan yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, menerusi akaun Cik Puan Lola menggambarkan situasi perit yang perlu dilaluinya apabila sering menjadi mangsa sikap baran bekas suaminya itu sehingga akhirnya terlafaz cerai talak satu.


Gambar Hiasan

“Saya seorang suri rumah sepenuh masa menjaga tiga anak yang masih kecil, saya hanya ingin meluahkan perasaan saya sebab saya tidak ada kawan untuk mendengar cerita saya.


“Semalam (kelmarin) saya bergaduh dengan suami, gaduh bukannya benda besar pun tapi dia tergamak lafaz cerai talak satu depan anak-anak.

“Buat pengetahuan semua, dalam tempoh empat tahun perkahwinan, suami sering naik tangan dan saya masih ingat lagi tiga tahun lepas masa saya mengandung tujuh bulan saya dan suami bergaduh dia lempang dan marah saya depan keluarga dia,” luahnya.

Menurut wanita berkenaan, sejak dari kejadian itu, bekas suaminya itu sudah jarang memukulnya.

Bercerita lanjut, pada awal Ogos lalu, berlaku perselisihan faham antara dia dan suami sehingga menimbulkan kekerasan.

“Dia (bekas suami) pukul saya dan tampar muka saya dengan kotak rokok dia kemudian cekik leher saya, nasib anak-anak menangis. Kalau tidak, apa akan jadi pada saya. Katanya, saya kuat melawan sedangkan saya hanya berdiam diri kerana tidak mahu panjangkan masalah setiap kali bergaduh.

“Semalam (kelmarin) selepas dia ceraikan saya, dia terus hubungi mak saya suruh ambil saya dan mak hubungi saya semula suruh bincang dengan baik dan saya hanya mampu menangis.

“Saya pun WhatsApp mak mentua maklumkan yang kami dah bercerai. Mak mentua saya datang ambil saya bawa balik rumah dia dan merayu untuk saya berbaik dengan bekas suami demi anak-anak kami,” katanya.

Jelasnya lagi, hari ini bekas suaminya akan memfailkan kes tersebut di mahkamah dan lelaki itu sempat memberitahunya akan rujuk semula.

“Saya dalam dilema kalau saya tetap dengan pendirian, saya nak sahaja saya balik pada keluarga saya dan tinggalkan dia, tetapi apabila dikenangkan anak-anak yang masih kecil ini buat hati saya luluh,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 6-9-2022 12:03 PM
takyah la dgr ckp mak mertua tu, bukan dia yang lunyai kena pukul tiap hari..
Quote manehnya 6-9-2022 12:05 PM
klu dh sampai lunyai, tunggu lagi bodo laaa
Quote emera 6-9-2022 12:05 PM
Jangan ler jadi bodoh.
Quote Themilo 6-9-2022 12:10 PM
bodoh la kalau kau rujuk balik.. dah patah riuk baru nak menyesal?
Quote asamfish 6-9-2022 12:13 PM
Leave him!  Once dia dah start pukul, he will never stop, regardless pujuk rayu bulan bintang.  Don't listen to MIL.  Dia pujuk rayu suruh berbaik sebab dia kesian kan anak dia, bukan kesiankan menantu!
Quote supernaturalee 6-9-2022 12:19 PM
cer korang tepek berita yg sorg laki ni dia cop2 body bini yg sorok atas siling rumah tu




Quote rosa_canina 6-9-2022 12:58 PM
mak mertua mmg akan merayu suruh bg peluang kedua bla bla bla
tp yg akan hadap nanti awak sendiri.. kalo pikir anak2 kecik mmg taksampai hati
tp dah sampai masa pikir diri sendiri jgk.. kalo awak kena belasah sakit sana sini ..
mcm mn nk jg anak2
Quote prettyuglybabe 6-9-2022 01:10 PM
mak mertua pun malas hadap perangai anak sendiri..
sebab tu suruh si bini balik kat anak dia..
dah macam ni pun masih nak berfikir..
Quote Kurex 6-9-2022 01:16 PM
Jangan jadi bodoh pompuan oiiii
Quote Flake123 6-9-2022 01:18 PM
4 tahun kawin, 3 anak and kena belasah
Quote dudaberhias 6-9-2022 01:22 PM
hadoiii asalkan berlaki ke dekkkk...
tak usah la kembali bersama...

dah bercerai pun kan? elok je kan hidup sekarang dan boleh di teruskan?
unlesss memang susah sampai tahap merempat... boleeh la kembali bersama sampai stabil kewangan dan kehidupan tu... lepastu cerai tuntut nafkah agittewww...
Quote renko 6-9-2022 01:24 PM
lagi dilema ke
adehh
Quote she 6-9-2022 01:26 PM
Laaaaa

Anak mati ke takde bapa?
Ke mak nye yang tak sanggup tido sensorang memalam?

Dari kau fikir anak tu takde bapa
Baik kau fikir lebih baik anak membesar tak tengok keganasan bapa
Sihat mental emosi anaknya
Quote rykall 6-9-2022 01:28 PM
Benda macam ni pun dalam dilema ke...badan ko yang kena pukul sampai lunyai pun masih hadap lagi suami mcm tu...kalau nak rujuk balik ajak mak mertua ikut dan kalau dia nak pukul ko, cakap dengan suami pukul juga mak sendiri sampai lunyai juga, jadi suami boleh tempah sekali tempat ke neraka jahanam.
Quote mayakaren 6-9-2022 01:29 PM
Kalau nak berbaik semula, saman dulu laki tu sbb pukul. Tuntut sejuta ringgit ke, baru ada akal.
Quote greantea 6-9-2022 01:29 PM
dilema ape lg. kalo dah lunyai di belasah tu?
igt bahagia ke kalo anak2 tgk mak dia kena belasah?
mertua pon..... mesti jenis mak y menangkan anak manjang. jenis x nampak salah anak.
Quote TabletSusu 6-9-2022 01:36 PM
ko blk rumah mak ko. ko nanges sepuas2nya sehari, dua hari.. cukup!! lpstu tolong keraskan hati, kuatkan hati, keringkan hati ko tu. pi cari kerja/meniaga online utk diri sendiri. fikirkanlah kebahagiaan diri sendiri. hidup kita ni x lama.

anak2 ko, ko tinggalkan aje kat lakik ko tu. anak2 tanggung jawab bapak dorg. drp ko penat turun naik mahkamah tuntut nafkah anak2 yg 99% mmg ko xkan dpt.
Quote Mamajiyem 6-9-2022 01:43 PM
Dah kena belasah nak rujuk apa Nye....angkat kaki jalan
Quote cmf_almondpecan 6-9-2022 01:50 PM
Demi anak2 la kena tinggalkan laki abusive tu. Kalau teruskan juga, anak2 akan trauma, stress dan membesar dengan nilai2 negative seolah2 memukul bini tu sesuatu yg patut diterima. Sebab ibunya pun terima ayahnya yang abusive. Malah neneknya pun setuju bini yg kena pukul tu patut terima saja seadanya. Nanti vicious cycle ni akan berterusan dan jadi kat anak perempuan orang lain pula.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043899 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top