PETALING JAYA – Nasib malang menimpa sebuah keluarga apabila mereka bersama bayi berusia 21 hari telah diusir dari sebuah rumah akibat konflik keluarga yang serius.
Perkara itu didedahkan Skuad Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selepas pasukan itu menerima laporan daripada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL). Menerusi perkongsian di laman Facebook, Skuad Jejak Asnaf MAIWP berkata, selain bayi berusia 21 hari, ibu kepada bayi berkenaan juga dilihat masih lemah kerana belum tamat tempoh berpantang. “Ketua keluarga (bapa bayi) tiada pilihan selain mengambil keputusan membawa isteri dan tiga anak kecilnya itu keluar daripada rumah yang didiami mereka selama ini serta merta disebabkan mempunyai konflik keluarga yang serius.
“Keluarga berkenaan tidak mengetahui arah tujuan dan secara tidak sengaja tiba di PTGKL untuk mencari tempat berteduh,”kata skuad itu semalam. Mengulas lanjut, skuad itu berkata, selepas menerima laporan daripada PTGKL, skuad itu terus bertindak dengan menempatkan keluarga ini di Anjung Singgah memandangkan penempatan PTGKL tidak sesuai untuk keluarga menginap. Jelasnya, keadaan sedikit sukar apabila ketua keluarga ini baru sahaja menemukan pekerjaan baharu sebagai seorang mekanik dan sudah pastinya belum menerima gaji pertama. “Berbekalkan dengan sumber kewangan yang terhad, tidak banyak tindakan yang dapat dibuat oleh si suami selain meraih bantuan. “MAIWP dan Anjung Singgah di bawah kelolaan Yayasan Kebajikan Negara akan bekerjasama untuk mencari jalan bagi membantu keluarga ini secepat mungkin,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
cmf_premierleag replied at 6-9-2022 03:58 AM
Lenkali lps kawen, pi la cari rumah sendiri
Bina hidup sendiri dgn spouse memasing
Ni dah kawen pun ...
JunkMail replied at 6-9-2022 01:01 PM
Kau rumah pun takde sibuk nak beranak. Kalau tak mampu tu maksudnya belum boleh kawen lah dek...
Kalau tak mampu tu maksudnya belum boleh kawen lah dek...
LoveSungmin replied at 6-9-2022 12:58 PM
lagi 1, tolong la jangan beranak reramai
Kurex replied at 6-9-2022 01:15 PM
Ni mesti ada pokemak celaka yg api2kan ni
ADVERTISEMENT