CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Suami Isteri Bergaduh- Siram Baja Tahi Ayam Depan Rumah, Tunjuk Punggung Pada Anak

6-9-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 964| Komen: 2

MELAKA – Sepasang bekas suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bergaduh sehingga membaling plastik berisi cecair busuk dan menyiram baja tahi ayam di hadapan rumah mereka, pada Mac lalu.


Tertuduh, Leow Hok Kee, 75, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Bekas isterinya, Soon Siew Eng, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan gaduh gempar dengan menjerit dan bertengkar, bergelut bersama-sama memegang besi serta membaling plastik berisi cecair busuk dan menyiram baja tahi ayam ke badan kira-kira pukul 5.50 petang di pekarangan rumah di Semabok, di sini pada 6 Mac lalu.


Gambar Hiasan


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Hok Kee turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan atas kesalahan mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan punggung kepada anak perempuannya berusia 44 tahun kira-kira pukul 7.40 pagi di rumah sama pada 8 Januari 2018.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua itu dan meminta untuk dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Hok Kee dan RM2,000 kepada bekas isterinya.

Tertuduh masing-masing diwakili peguam Vinson Tay dan Goh Chin Han merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guam mereka tidak mempunyai pendapatan, selain Hok Kee mengalami masalah pendengaran dan diisytiharkan bankrap.

Mahkamah kemudian membenarkan Hok Kee dan Siew Eng masing-masing diikat jamin sebanyak RM2,000 dan RM500. Beliau turut menetapkan tarikh 26 Oktober depan untuk serahan dokumen dan keputusan hukuman terhadap Hok Kee yang mengaku salah bagi pertuduhan pertama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 6-9-2022 01:17 PM
Benci tapi rindu ni.
Quote Isobel69 6-9-2022 01:47 PM
Awesome and interesting article. Great things you’ve always shared with us. Thanks. Just continue composing this kind of post.
MyCCPay Login

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top