Telatah anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad sememangnya sentiasa menjadi tumpuan kerana aksi spontan dan comel yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.
Gelagat Jebat juga sering dikongsikan oleh ibu bapa di Instagram cukup mencuit hati. Kali ini, Jebat, 4, sekali lagi menjadi perhatian apabila gelagatnya menutup muka ketika mengambil gambar ketika hadir ke salah sebuah butik Naelofar di Putrajaya. Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Nabila di TikTok, memperlihatkan Jebat menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya ketika mengambil gambar bersama keluarga.
Dek kerana malu namanya dipanggil tetamu yang hadir di butik tersebut, Jebat berkeras enggan menurunkan kedua tangannya meskipun dipegang ibu saudaranya, Neelofa. Bukan itu sahaja, Jebat juga terpaksa didukung oleh bapa saudaranya, Aqif Mohd Noor kerana terus menerus menutup muka di hadapan khalayak. Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat aksi comel Jebat malah ada juga tidak menyangka kanak-kanak itu merupakan seorang yang pemalu. "Pemalu rupanya Jebat ni. Semua gambar dia tutup muka. 'Fiderman' malu ya, dia pun nak ikut jejak Bilal juga." "Jebat nak jadi kelakar macam ayah dia," kata netizen. Untuk rekod, Nabila dan Shaarnaz pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum bercerai selepas tiga tahun berkahwin. -CARI Sumber: mStar Online
|
NazRysha replied at 6-9-2022 11:05 AM
jebat ni mcm autisme
NazRysha replied at 6-9-2022 11:05 AM
jebat ni mcm autisme
orkid_amani replied at 6-9-2022 06:18 PM
nampak mcm speech delay jaa.. sepatutnya ank 4y dah lancar bercakap + tak pekat
tapi autism tu xla ...
NazRysha replied at 7-9-2022 10:06 AM
Autisme ada banyak jenis
Anak dia ada salah satu tanda
Duk ulang2 ayat
NazRysha replied at 6-9-2022 11:05 AM
jebat ni mcm autisme
NazRysha replied at 7-9-2022 10:06 AM
Autisme ada banyak jenis
Anak dia ada salah satu tanda
Duk ulang2 ayat
orkid_amani replied at 6-9-2022 06:18 PM
nampak mcm speech delay jaa.. sepatutnya ank 4y dah lancar bercakap + tak pekat
tapi autism tu xla ...
maxim replied at 7-9-2022 12:22 PM
speech delay ke camni?
maxim replied at 7-9-2022 04:22 AM
speech delay ke camni?
ADVERTISEMENT