CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duit Simpanan RM1000 Lesap Dalam Bank Lepas Guna Wifi Awam Di Lapangan Terbang

6-9-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1721| Komen: 10

Seorang pengguna Twitter, Zakuan Zaidi berkongsi pengalaman pahit saudaranya apabila secara tiba-tiba wang simpanan hampir RM1,000 ditolak dari akaun ketika sedang menggunakan Wi-Fi di sebuah lapangan terbang.


Dakwanya, akaun bank saudaranya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk membeli tiket penerbangan dari Hong Kong ke Bangkok.

“Saudara aku kehilangan wang hampir RM1,000, dipercayai akaun bank beliau digodam ketika guna Wi-Fi di lapangan terbang.

“Transaksi menunjukkan simpanan daripada akaun beliau digunakan untuk beli tiket penerbangan,” ciapnya baru-baru ini.


Gambar Hiasan


Sehubungan itu, Zakuan turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika ingin menggunakan Wi-Fi secara percuma di tempat awam, kerana maklumat peribadi kita mungkin terdedah kepada kumpulan penggodam.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga beberapa pengguna lain pernah mengalami situasi sama dengan kejadian yang dikongsikan.

“Betul, sama kes dengan saya semasa tunggu penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, tiba-tiba dapat notifikasi bahawa wang dari akaun saya sudah dipindahlan ke akaun ketiga (akaun pengguna lain).

“Terus buat laporan dekat bank sekadar laporan sahaja la, wang hilang jangan ingat nak dapat balik,” kongsi Jue Hashim. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 6-9-2022 10:44 AM
Sejak bertahun2 orang cakap it is not safe to use public wifi.  Nak pakai sangat guna je lah data dari mobile tu.
Quote Supersirap 6-9-2022 04:40 PM
Berhati-hati lah ketika hendak memakai wifi awam
Quote asfaz 6-9-2022 04:59 PM
Samerosie replied at 6-9-2022 10:44 AM
Sejak bertahun2 orang cakap it is not safe to use public wifi.  Nak pakai sangat guna je lah data da ...

Sejenis nak jimat data sendiri.
Quote ezacbee 6-9-2022 05:18 PM
Semua dah xselamat.. baik guna 3310
Quote akusukaq 7-9-2022 07:38 AM
Nak jimat sikit punya hal, dapat rugi lagi beso
Quote sangbara2020 7-9-2022 07:43 AM
duit ado nk bli tenet sejam xmampu ke?
hadap sgt bnde free kan dh mendapat
Quote slyfynx 7-9-2022 07:57 AM
Aku kalau kisah kawan or sedara ni mmg aku skeptikal sikit.
Mmg betul data boleh digodam jika guna public wifi.
Just ntah, die mcm kisah di kedai kopi kalau cerita sedara, or jiran
Quote Orenn1 7-9-2022 08:06 AM
Ntahlah, aku jadi sherammm sejuk bila baca2 byk sgt kes duit hilang dr bank kat msia. Banyak sgt kes mcm ni, menteri tak pnh address ke isu ni?



Quote green~tea 7-9-2022 08:15 AM
Edited by green~tea at 7-9-2022 08:16 AM
Samerosie replied at 6-9-2022 10:44 AM
Sejak bertahun2 orang cakap it is not safe to use public wifi.  Nak pakai sangat guna je lah data da ...


Betul.. in fact buleh setting terus off wifi bila keluar rumah and only connect to familiar wifi aje... kadang2 kita tak perasan pun phone auto connected dgn random free wifi yang penyangak2 guna utk curi data kita

Tp zaman2 awal smartphone tu kena off manually... now dah buleh auto off bila kuar rumah
Quote batmana 21-9-2022 06:55 AM
Boleh je pakai..tapi wajib pakai VPN dlm public wifi..brula secure
Public wifi..dia log data wifi korg..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059106 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top