CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Tak Tahu Zaki Bakal Lancar Versi Baru Gadis Melayu

6-9-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1730| Komen: 14

Penyanyi Zaki Yamani, 16, berdebar namun teruja bakal melancarkan versi baharu Gadis Melayu yang juga pernah dipopularkan bapanya Datuk Jamal Abdillah pada Khamis ini.


Zaki berkata bapanya sendiri pun tidak tahu sebenarnya mengenai versi baharu itu. Menurutnya dia berharap versinya diterima baik selain tidak dibandingkan dengan nyanyian Jamal.


IG Zaki

"Baru-baru ini saya menyanyikan lagu itu bersama bapa. Dari situlah mak saya sukakannya dan mencadangkan agar merakamkan versi baharu itu.

"Bapa saya tak tahu pun sebab saya memang banyak berahsia daripadanya mengenai apa saja aktiviti dilakukan. Lagipun lagu itu dipopularkan bapa daripada penyanyi lain.


"Ada suntikan elemen comel-comel sedikit, dimudakan, tapi tidak lari jauh dari irama asal. Saya pun takut juga sebab suara saya pun semakin matang. Saya sudah cuba sedaya-upaya untuk tidak disamakan dengan bapa," katanya.

Menurut Zaki, dia akui hala tuju muziknya juga semakin matang. Justeru, dia mahu mencabar kemampuannya untuk mencuba genre pop pula.

"Dulu sewaktu baru bermula dalam industri, saya lebih cenderung kepada lagu rap. Tapi bila semakin berusia, saya sudah mula minat lagu berentak pop etnik.


IG Zaki

"Lagu Gadis Melayu berentak pop yang rancak. Jadi, saya kena betul-betul kuasai lagu itu kerana benar-benar mencabar dan laju," katanya.

Demi memastikan persembahan nyanyiannya lebih baik, Zaki turut mempersiapkan diri dengan lebih baik daripada segi stamina.

"Saya memang kena 'jogging' untuk naikkan stamina bahkan mak pun marah kalau tidak buat betul-betul. Lagipun 'key' lagu itu tinggi dan saya tak boleh buat sambil lewa," katanya.

 
Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-9-2022 10:16 AM
Lambakan penyanyi yg fikir mereka penyanyi
Quote cikgojesss 6-9-2022 10:19 AM
erk



Quote laksmanabentan 6-9-2022 10:28 AM
krikkk krikkk...
Quote mawarkhayalan99 6-9-2022 11:17 AM
apa saja la isu anak beranak ni. balik balik tang tu jugak
Quote prince_marhaen 6-9-2022 11:44 AM
TETAPPPPPPP petik nama bapak..... hujung-hujung tak nak tumpang populariti... abang kau relax2 jek.. mengaku jek guna nama bapak kau... yang ini asal keluar je feeling sangat berbakat & popular sendiri ekkk... yihhh
Quote Prickford 6-9-2022 01:48 PM
Tok Mal ni rasanya anak2 yg baby tu je yg dia tahu buat apa. Anak2 yg lain semua dia tak tau buat apa.
Quote bulalof 6-9-2022 01:50 PM
bukan lagu nyanyian asal bapak ko pun dekkkk........
Quote anony-mous 6-9-2022 02:01 PM
Kdg2 i rasa patut lah bapak dia who r yus kan dia ni. Perangai annoying
Quote eetodee 6-9-2022 03:29 PM
hahaha bapak dia apa pun tak tau.
Quote AnnaSendin 6-9-2022 07:09 PM
Kronisme telah meresap dalam industri seni. Bukan dalam jabatan gomen sajork yach.
Quote rayna_raynes 6-9-2022 07:24 PM
nanti akan dibandingkan dengan versi Mawi
Quote ice98 6-9-2022 08:00 PM
konon macam anak mak sangat.. tp sikit2 nak petik gak nama 'bapa'... ko hengat mak kau hebat sangat kew?!! hahaha... jgn lupa kau tercipta dari setitik semen yg dipinjamkan kpd 'bapa' kau tu.. bukan keje mak kau sorang.. takyah nak berahsia sgt lerr ngn bapak kau tu laa.. nyampah plak aku!
Quote suka2 6-9-2022 10:20 PM
Dah kenapa muka putih tangan hitam
Quote Harley_Quinn 7-9-2022 12:00 PM
I speku dia nk dpt perhatian and recognition bapaknya.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075517 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top