CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Majlis Bersiram Pun Berdebar, Mas Idayu Dah Tak Keruan Tunggu Hari Nak Kahwin

5-9-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4136| Komen: 35

Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.


Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.

Foto: IG

Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.

Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.





“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.

“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.



“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.



Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.

Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.

“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.

“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.

“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.



Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada hari itu nanti.

Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.-CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-9-2022 05:23 PM
jangan lupa buang sawang & kelawar-kelawar ye mommy... hihi
Quote airmineral 6-9-2022 06:36 AM
bingit² pun org suka ya? moga jodoh kekal ke akhir hayat
Quote teen_angelJB 6-9-2022 06:45 AM
Over nawwwww
Quote yusryimran 6-9-2022 07:20 AM
alahai berdebar mutiara akan digilap semula katanya
Quote LadyCarefree 6-9-2022 07:25 AM
yusryimran replied at 6-9-2022 06:20 AM
alahai berdebar mutiara akan digilap semula katanya

Oooo ada dia cakap gitu? Xde selindung. Xckp pulak pasal makan eskrem batang?
Quote LadyCarefree 6-9-2022 07:26 AM
iols dari dulu nengok majlis siram no xpaham tujuan. LoLLL baik lakibini mandi bogel sesama lagi best.
Quote prizadane 6-9-2022 08:13 AM
teruja la tu dapat bersiram kahwin kali ni kan walaupun suami tu darah marhaen?

dulu masa ex shuben takde bersiram bagai ni walaupun ex shuben tu darah yestana pekat melekat...
tahniah ya mummy
Quote cicicumel 6-9-2022 08:23 AM
prizadane replied at 6-9-2022 08:13 AM
teruja la tu dapat bersiram kahwin kali ni kan walaupun suami tu darah marhaen?

dulu masa ex shuben ...

X husben dia arman graseka kan? Kerabat ke? Lolss
Quote supernaturalee 6-9-2022 08:28 AM
x mcm beria ke ni

mcm ade something wrong somewhere over the rainbow at the horizon jerkk

Quote nuralisa 6-9-2022 08:30 AM
dulu kawin sorok2 ..mana merasa semua ni ..  
Quote Joysparta 6-9-2022 08:41 AM
halah3x.....so suit. grand nampaknya kali ni mummy.....
Quote sweetfasha 6-9-2022 08:49 AM
beriya nau tapi tak apalah . dah 17 tahun bersawang.. hehhe
Quote shernazz 6-9-2022 08:50 AM
cicicumel replied at 6-9-2022 08:23 AM
X husben dia arman graseka kan? Kerabat ke? Lolss

Sepupu soltan nazrin gitchuuuu
Quote umbut 6-9-2022 08:53 AM
Mau x keruan.. dah 17 tahun kering kontang
Quote prizadane 6-9-2022 09:13 AM
cicicumel replied at 6-9-2022 08:23 AM
X husben dia arman graseka kan? Kerabat ke? Lolss

Yes, sepupu sultan nazrin. Ayah Aman Graseka abang sultan azlan. Ikutkan ayahnya yg in line for throne disebabkan not mentally fit, adiknya yang naik jadi sultan. So memang darah aman graseka tu pekat darah rajanya… tapi sejenis humble gitu
Quote ..maksu 6-9-2022 09:17 AM
pakai raflesia besar gedabak lagi ke tu? nak tau jugak jewerly mana la yg taja tu
Quote Incanto 6-9-2022 09:31 AM
murah rezeki mami dpt bnyk tajaan
Quote sue_liah 6-9-2022 09:43 AM
rugi rasanya kawin sorok2 dulu ..masa muda2 bergetah lagi patut all out
ntah apa yg nak disorok kan
nasib la merasa juga bersanding naik pelamin mandi bunga wpun dh warga emas
Quote KirazMevsimi 6-9-2022 09:47 AM
tahniah mummyyyy mas idayu. seronok nya. moga bertambah bahagia dan diberkati Allah. murah rezeki pelbagai tajaan

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059745 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top