CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Huzaimy 'Sekolahkan' Haqiem Stopa

5-9-2022 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 2

Biarpun kurang menyenangi sikap Haqiem Stopa yang dikatakan merosakkan imej 'mat moto', pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy tetap rasional apabila berdepan Ikon Permotoran Negara ini dalam satu program di MAEPS, Serdang pada Sabtu lalu.


Pelakon yang terkenal menerusi watak Spark dari filem Rempit ini mulanya kelihatan selamba 'menyekolahkan' Haqiem Stopa secara berdepan apabila menjelaskan dia sudah bertahun-tahun membersihkan nama 'mat moto' yang tercemar.

Bagaimanapun selepas sesi nasihat terhadap Haqiem Stopa, pelakon terkenal ini dilihat memberi motivasi terhadap Haqiem Stopa apabila meminta pengikutnya tidak berterusan 'memusuhi' pemuda ini.


Foto: Tiktok


"Ingat pesan gua (saya)... budak motor semua benci dekat lu (...tak semua). Lu pergi mana-mana 'event' pun semua hentam lu. Betul?

"Kenapa semua hentam dia? Sebab apa? Dia manusia bro? Dia bukannya binatang. Dia tak lahir ikut pokok kelapa, dia lahir dari emaknya, dari ayahnya...berbin. Ada keluarga. Kita sahabat permotoran, kenapa mesti hina dia?

"Dengar semua. Tak kisah siapa sekalipun. Agama apa kita sekalipun. Bangsa apa kita sekalipun. Orang ini....kau ingat hari ini aku bagi jaminan. Kalau kau buat baik kepada semua budak motor, semua akan sayang kau," katanya seakan gaya karakter Spark sambil disambut dengan sorakan oleh pengikutnya.



Menerusi akaun Tik Tok @kilattt ini, Zul Huzaimy meletakkan kepercayaan Haqiem Stopa akan ingat kata-kata yang diucapkannya.

"Kami semua budak-budak motor akan sokong bagi semangat untuk Haqiem Stopa teruskan perjuangan dalam dua roda," katanya.

Sementara itu, Haqiem Stopa berterima kasih terhadap Zul Huzaimy atas kata-kata nasihatnya.

"Untuk yang lain saya cuba memberikan yang terbaik. Minta maaf kalau ada salah silap.

"Yang lepas biarlah lepas kita buka buku baru," katanya.

Terdahulu pemuda berusia 22 tahun ini diangkat sebagai Ikon Permotoran Negara oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Mei lalu.

Gelaran itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pelumba negara kerana populariti Haqiem menewaskan pengalaman pelumba-pelumba negara yang sebelum ini pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman, Affendi Rosli dan ramai lagi.

Dia turut menjadi perhatian ramai apabila memperlekeh pengguna Yamaha Y15ZR yang tidak membuat sebarang modifikasi serta mencabar untuk bertemu dengannya di lebuh raya.

Haqiem Stopa juga disaman polis kerana tidak mempunyai lesen memandu selain memperlekeh mereka yang tidak mempunyai kereta jenama Audi.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 6-9-2022 06:53 AM
bila masa nama rempit pernah dibersihkan dan baik? propa.
Quote bulalof 6-9-2022 07:43 AM
ini semua tahik.....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040170 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top