Akhirnya, Noor Nabila muat naik gambar suaminya, Engku Emran buat tatapan semua. Sekaligus gambar tersebut menghapuskan spekulasi bahawa rumah tangga mereka goyah.
Difahamkan gambar tersebut diambil bersempena meraikan hari jadi Nabila yang ke-38 baru-baru ini. Nampak mesra, Engku Emran dilihat merangkul bahu Nabila yang sedondon memakai putih dengan suaminya.
Nabila dan Emran kahwin pada 19 Mac tahun lepas. Sementara itu Sharnaaz Ahmad juga sempat memuat naik video mengucapkan hari lahir buat Nabila. "Happy birthday mummy.. thank you for being the best mother to jebat jayden.. Education, toys and loved.. thank you mummy nabiyaaaaa.. Jebat is just so lucky to have you.. thank you mummy noornabila"
Semoga berbahagia sehingga ke syurga buat Nabila dan Emran. Kena tayang suami macam ni, kalau tak orang tak tahu kita bahagia, tak gitu?-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|