PETALING JAYA – Penganalisis ekonomi berpandangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini.
Hal ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus. Kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022. “Sebelum ini pun BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas. “Ini berlaku selepas krisis ekonomi global yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan saya percaya hal sama akan berulang,” katanya ketika dihubungi. BNM telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas tahun ini selepas OPR diturunkan kepada kadar terendah pada 1.75 peratus disebabkan pandemik. -CARI Sumber: Kosmo
|
totokreturn. replied at 5-9-2022 05:20 PM
mampuih laaa sapa yg buat loan rumah byk
gekkou replied at 5-9-2022 06:09 PM
aku tgh menunggu keputusan housing loan
takat ni paling rendah interest rate dapat 3.3%
paling tin ...
Diamje replied at 5-9-2022 06:50 PM
Aku rasa nk juai la rumah aku ni... Nk jual asal lepas byr loan je.
totokreturn. replied at 5-9-2022 06:24 PM
kalo beli rumah utk duduk takpe, kalo beli untuk buat invesment memang kena naikkan sewa la
Belibis replied at 5-9-2022 07:27 PM
Kalau lepas 5 tahun tak kena rasanya..lawyer pun pembeli yang tanggung.kita dapat bersih lepas tolak ...
green~tea replied at 5-9-2022 11:33 AM
Kalo lebih 5 tahun or 10 tahun ok la ada laa untung sedikit bila jual rumah... zaman 2018-2019, ju ...
gigahertz replied at 5-9-2022 08:48 PM
so yang sembang kata property untung tu mitos je kan
ADVERTISEMENT