CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembaca Berita Tertelan Lalat Semasa Buat 'Live'

5-9-2022 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1752| Komen: 6

TORONTO: Seorang pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika berisaran langsung.

Namun, pembaca berita wanita itu tidak berasa jijik dengan insiden itu, malah turut bekongsi rakaman bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak tersebut.


Pembaca Berita Tertelan Lalat Semasa Buat 'Live'


“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

Ketika kejadian, Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan.


Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika.

Kemudian, wanita itu menyambun kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.



Tidak lama kemudian, Fara berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial dan tindakannya yang tidak melatah mendapat pujian orang ramai.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Farah seorang yang profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita.

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

Farah juga memaklumkan, sesiapa sahaja akan bertindak sepertinya, iaitu meneruskan bacaan berita kerana adalah lebih memalukan jika melatah di depan kamera. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-9-2022 01:22 PM
Omputih atopon migrant2 kat negare sejuk ni sume bila bercakap bersembor2 macam la boley mampos kalo tak cakap kuat2.  Mendapatlah..  
Quote shernazz 5-9-2022 02:10 PM
Takpe
Anggap penawar racun.dalam hatimuuu
Quote CariMalay 5-9-2022 06:31 PM
Dah biasa kulum batang, so setakat lalat yg kotor sikit tu apalah sangat berbanding kote
Quote Supersirap 6-9-2022 10:07 AM
lalat ni ada je di mana-mana
Quote eragon 6-9-2022 02:36 PM
comel pulak reaksi dia.
Quote GrahamSabin 9-9-2022 03:48 PM
Akhbar Metro Online melaporkan, seorang pembaca berita di Malaysia tertelan lalat semasa membuat siaran langsung (live) di televisyen.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.065219 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top