CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Selepas Langgar Mati Pegawai Imigresen, Kereta Wira TAC 5688 Dicari

5-9-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1414| Komen: 2

Sungai Petani: Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira Aeroback yang dipercayai terbabit kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri daripada lokasi kejadian.

Menurutnya, kenderaan berwarna perak dengan nombor pendaftaran TAC 5688 itu berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun.

Foto: Harian Metro

"Setakat ini, pemandunya belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan kita sedang meneliti serta menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri yang memandu atau individu lain menggunakan kenderaan itu ketika kejadian.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kenderaan itu diminta menghubungi Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Nizam Shamsudin, 46, meninggal dunia, manakala Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Zaili Nizam Muhammad, 43, patah kaki kanan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 5-9-2022 12:55 PM
Kenapa laporan tulis TAC 6688 tapi aku tengok gambar TAC 5688?
Quote awanearisu 5-9-2022 02:58 PM
Kebiasaannya, cepat sahaja netizen mendedahkan maklumat pemilik kereta.

Tetapi kali ini, di FB komen nak menikam nombor ekor mendominasi hantaran FB.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034055 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top