CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rosak Lagu Ella!"- Dikutuk Menyanyi Sumbang, Ifa Raziah Salahkan Baju Punca Suara Tak Sedap

5-9-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5458| Komen: 41

Kemunculan Ifa Raziah menerusi program realiti Terpaling Juara minggu ketiga sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila penyanyi itu didakwa telah merosakkan lagu nyanyian asal Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah.


Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya.

Foto: IG

Disebabkan itu, Ifa menerima komen pedas daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut.

Ifa menyalahkan pakaian yang digayakan sehingga telah menggangu persembahannya.




"Mula-mula tu nak masuk dah senget, bahagian korus cover sikit, lepas tu dia slack balik.

"Adakah baju itu yang menggangu atau pun daripada mula latihan memang susah untuk menjiwai lagu ini?," soal Hattan.



Ifa menjelaskan ketika sesi latihan, dia dapat menyanyikan lagu itu dengan baik mungkin kerana tidak mengenakan pakaian berkenaan.

Rata-rata netizen turut bersetuju persembahan Ifa pada malam Ahad itu tidak memuaskan dan tidak sepatutnya menyalahkan busana sebagai punca nyanyiannya sumbang.


"Baju pula disalahkan. Aduhai. Dah pengalaman patut boleh biasakan diri tapi baju juga yang disalahkan.

"Tengok dia menjawab tadi memang tak mahu kalah. Salahkan baju. Artis lain macam Aina tu lagi haru fesyen dia ata pentas elok sahaja menyanyi.

"Praktis macam nak rak katanya pun tak menjamin suara jadi sedap. Awal-awal masuh pun dah sumbang," komen netizen.



Sementara itu, Ifa dan Hazami yang berada di kedudukan dua tercorot bernasib baik apabila Hattan tidak bersetuju penyingkiran dibuat.

Hattan berkata, kesemua peserta perlu diberi peluang sekali lagi bagi membuktikan kebolehan sebenar mereka pada persembahan minggu hadapan.

Ifa yang pada awalnya kelihatan sugul bertukar ceria apabila produksi memaklumkan mereka bersetuju dengan cadangan Hattan untuk tidak melakukan penyingkiran.

Sebelum ini, Ifa pernah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat cukup beremosi ketika menyanyikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah.



Program realiti ini mengandingkan tiga juara Anugerah Juara Lagu sebagai kapten iaitu Akim Ahmad pemenang AJL30, Hael Husaini (AJL32 dan AJL33) serta Naim Daniel (AJL34).

Terpaling Juara disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 5-9-2022 11:07 AM
dah memang suara situa babi ni xsedap
hahahahaha
Quote MatDeghem 5-9-2022 11:08 AM
Memang Hattan nak bagi dia malu one more round

kalau bakat hanya nyanyi kat expo .... macam mana bagi peluang pun akan sama je

Quote laksmanabentan 5-9-2022 11:24 AM
acara apa kebenda nih weeyyy?????

mmg tiap2 minggu dia kena nyanyi ker???
malaysia ketandusan bakat ker camno nih??????
Quote BellaThePrinces 5-9-2022 11:33 AM
asal nama terus jadi sebutan..sumbang pun sumbanglah........
Quote mimi77 5-9-2022 11:36 AM
Kenapa dia nyanyi 2kali? Sorry x paham konsep TJ no????
Quote Lavender_Violet 5-9-2022 11:36 AM
Program apa kebenda pulak nih????
And why Ifa Raziah? Why???? Why????
Tajuk program pun muntah ijo... Terpaling Juara?????? Hadoi la.....
Quote September14 5-9-2022 11:38 AM
X pnh tgk tp nk tnya rncngn ni xde penyingkiran ke? Dia ni bukak mulut dah out. Ptut 1st week dah kna tendang. Sian juri2 kna dgr dia nynyi
Quote buragazz 5-9-2022 11:44 AM
Memang tak sedap pun siap salah masuk pastu hampir tersungkur lagi.. sumbang lagi.. karma is real bitc*...
Quote asamfish 5-9-2022 11:57 AM
Yikes!  Macam ni pun boleh jadi penyanyi?
Quote NengGos 5-9-2022 12:03 PM
bagi je la dia menang, terpaling.. hhahha
Quote TomyamPuteh 5-9-2022 12:11 PM
Mmg xde penyingkiran ke program sinalau bakas ni?
Quote sukacactus 5-9-2022 12:11 PM
Kah3! Bila yg dia pernah nyanyi sedap
Level2 karaoke je pun
Quote lee_sakura 5-9-2022 12:13 PM
penyanyi ke dia ni
Quote myvi132806 5-9-2022 12:17 PM
Tiap minggu asik nenek ni pny cerita je kt dlm TJ.
mmg dy ke yg terpaling kontlobersi nya ??
Quote kaseh80 5-9-2022 12:18 PM
Suara dah hauks
Pakaian juga disalahkan
Dahla rupa gro tuaaa
Quote pembacagosip 5-9-2022 12:18 PM
kan dah rehersal...boring laaa program ni
Quote MadameOnion 5-9-2022 12:20 PM
sumbang sumbang pun orang bayor dia rm27k utk gelek pungkoq
Quote ketambangkang 5-9-2022 02:16 PM
kau kalau betul berbakat & profesional pakai baju ape pon bole perform
Quote cikatilia 5-9-2022 02:28 PM
kalau sumbang pakai baju apa pon sumbang ya sis

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.126609 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top