CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Digalakkan Makan Ulat, Belalang Dan Lalat Untuk Elak Kebuluran

5-9-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1126| Komen: 5

HARARE, Zimbabwe – Penduduk Benua Afrika yang berdepan isu kebuluran digalakkan untuk mencuba hidangan berasaskan serangga atau ulat yang kaya dengan nutrien sebagai salah satu alternatif makanan, lapor laman berita RT.


Perkara tersebut disuarakan oleh agensi projek bantuan yang dibiayai oleh Britain di Zimbabwe dan Republik Demokratik Congo (DRC).

Bagi menyokong idea tersebut, agensi itu kini membelanjakan sebanyak AS$57,000 (RM255,018)  di DRC dan AS$346,000 (RM1.5 juta) di Zimbabwe untuk mencuba diet serangga dengan tujuan memperkenalkannya kepada penduduk tempatan.


Foto: Kosmo

Di DRC, agensi itu meneroka inisiatif faedah memakan ulat Afrika, belalang migrasi dan lalat askar hitam.

Terdapat kira-kira 23 spesies serangga termasuk anai-anai dan cengkerik yang telah pun menjadi hidangan biasa bagi penduduk di wilayah Kivu Selatan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan tidak memakannya secara harian dan mengumpulkan serangga-serangga itu bergantung pada musim.

Sementara itu, di Zimbabwe pula, sebuah lagi agensi bantuan sedang mencari cara untuk menggunakan cacing mopane dalam bubur yang dihidangkan di sekolah.

Cacing mopane adalah ulat hijau berlendir yang sepatutnya bertukar menjadi rama-rama serta sudah biasa dipetik untuk dimakan daripada tumbuh-tumbuhan semasa musim hujan.

Projek itu bertujuan untuk memperkenalkan bubur bercampur pepijat sebagai hidangan kepada kanak-kanak miskin di bandar selatan Gwanda dan ibu kota Zimbabwe di Harare.

Agensi itu berkata, hidangan tersebut akan menggabungkan cacing mopane yang diternak secara tempatan dengan bijirin dan buah-buahan.

Ia menawarkan semua vitamin dan mineral penting seperti fosforus, kalium, besi, tembaga, zink, mangan, natrium, serta vitamin B1 dan B2. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 5-9-2022 11:05 AM
Melampau nya

Tp kan zaman2 dulu and maybe skang pun maseh ada kat kampung i jual belalang goreng.. i pernah tengok masa i skolah dulu, deme jual belalang kunyit goreng cucuk2 mcm sate... diorg cakap sedap..  mcm udang goreng rangup..

Tp kat thailand mmg bersepah mcm2 lagi jenis serang ada jual dlm dulang..
Quote Supersirap 5-9-2022 11:22 AM
Ingatkan rakyat di sini, terperanjat tengok tajuk TT
Quote Artemesiaa 5-9-2022 11:26 AM
Belah2 Asia ni dah biasa nampak ada yang makan serangga macam belalang, ulat sagu, telur kerengga, kala jengking, kuda laut etc bukan benda baru kalau nak dikecohkan kat belah Asia ni
Quote Tinot7 5-9-2022 11:29 AM
Supersirap replied at 5-9-2022 11:22 AM
Ingatkan rakyat di sini, terperanjat tengok tajuk TT

Orang sini pun ada yg pernah mkn ulat sagu +/- belalang kunyit.. tapi takde org mkn lalat la..
Quote AbukRokok 5-9-2022 11:58 AM
nmpk sgt org asia lgi binatang dri org afrika yg "uncivilised"

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.108925 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top