CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buntu- Rumah Jadi Tempat Buang Sampah, Port Mat Gian, Orang Buat Seks Tepi Laman Pun Ada

5-9-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1905| Komen: 5

Umpama tapak pelupusan.

Demikian kawasan rumah sepasang suami isteri yang dijadikan lokasi pembuang sampah dan aktiviti tidak bermoral sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.


Mengakui jijik dengan keadaan itu, Kevin Draper, 59, yang menjaga isteri sedang sakit tenat, turut mendedahkan bahawa mereka terpaksa mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke hospital selepas kenderaannya sering disekat oleh timbunan sampah.


Foto: mStar

"Kami sering dibelenggu lalat, sisa manusia dan pengguna dadah yang sewenangnyna melakukan hubungan seks di tepi rumah.


"Pihak majlis juga sudah 'berputus asa' dengan keadaan tersebut sehingga sanggup membenarkannya ditakluki pengedar dadah dan perbuatan tidak bermoral," ujarnya.

Menurut Kevin, kejadian tersebut berlaku setiap hari malah terkini timbunan sampah semakin banyak sehingga hampir setinggi pagar.

"Terdapat permaidani, perabot, TV, mainan kanak-kanak dan beg hitam yang dipenuhi ulat. Tempat itu benar-benar busuk," luahnya sambil berkata, hampir setiap malam mendengar orang ramai membuang sampah di luar rumah mereka.

Kevin juga pernah diugut dengan pisau semasa berhadapan dengan penagih dadah di rumahnya. - CARI

Sumber: mStar Online/The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 5-9-2022 11:26 AM
Sila laporkan perkara ini kepada pihak yang berkuasa dan berwajib
Quote miss_perfect 5-9-2022 11:52 AM
Dia dibenci jiran tetangga ke sampai orang buat camtu?
Quote musangbodoh 5-9-2022 12:41 PM
kt mn tmptt nie
Quote gigahertz 5-9-2022 08:50 PM
caj je la.
Quote sharlenetexas 5-9-2022 09:29 PM
Pprt nya perangai jiran2.


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.092903 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top