CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejen Hartanah Pecah Masuk Rumah Artis, Kaut Untung Lebih Rm22.4 Juta

5-9-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1275| Komen: 1

Seorang ejen hartanah Los Angeles dan rakannya akan dibicarakan kerana menjadi dalang kumpulan pecah rumah sehingga mampu mengaut 'keuntungan' bernilai lebih $5 juta (RM22.4 juta) daripada orang kaya dan terkenal.


Jason Yaselli, 35, dan Benjamin Ackerman, 36, bekerjasama dengan menceroboh rumah selebriti di seluruh Hollywood, California.

Kelicikan mereka membuatkan mangsa tidak menyedari bahawa rumah mereka telah dipecah masuk, namun hanya menyedari kehilangan barang berharga selepas beberapa bulan.


Foto: via mStar

Susulan siasatan yang dilakukan, detektif menemui lebih 2,500 barang curi di rumah Ackerman dan unit simpanan yang dimilikinya.


Ia adalah salah satu penemuan terbesar barang curi dalam sejarah LAPD.

Difahamkan, kira-kira 13 buah rumah telah dipecah masuk antara Disember 2016 hingga Julai 2018 dengan sasaran 150 barangan mewah dari sebuah rumah.

Menurut detektif LAPD, sepanjang tempoh tersebut tiada siapa yang mengetahui aktiviti jenayah yang dilakukan kedua-dua suspek kerana mereka muncul dengan pakaian kemas hanya berjalan di pintu hadapan.

"Kedua-dua mereka akhirnya berjaya ditahan dan dituduh melakukan penipuan serta penyelewengan.

"Mereka didakwa atas 14 pertuduhan pecah rumah, 32 pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram pada 23 Ogos 2019.

"Yaselli dan Ackerman boleh dihukum penjara sehingga 31 tahun jika sabit kesalahan," jelasnya. - CARI

Sumber: mStar/Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 5-9-2022 11:33 AM
Senangnya buat duit, tapi tulah sudah kena cekup

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030660 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top