CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Bengang Penjawat Awam Dituduh 'Makan' Duit Pekerja Swasta, Tunjuk Slip Gaji Tapi Kena Hentam Balik

5-9-2022 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8475| Komen: 138

Menyalahkan keseluruhan sektor perkhidmatan awam hanya disebabkan sebilangan kecil penjawat awam yang melakukan kesalahan sudah menjadi normalisasi dalam kalangan masyarakat.


Malah sering timbul sekelumit rasa tidak puas hati terhadap penjawat awam susulan pelbagai inisiatif diumumkan kerajaan terhadap sektor ini.

Gambar Hiasan

Seperti baru-baru ini, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100, mengundang pelbagai reaksi negatif daripada warganet.

Sehingga ada yang menyatakan gaji penjawat awam dibayar oleh pekerja swasta menerusi potongan cukai.


Disebabkan komen tidak berasas sesetengah pihak, pemilik akaun Nancy Maria meluahkan rasa sedih dan menjelaskan bahawa penjawat awam sepertinya turut membayar cukai.

Menerusi hantaran di Facebook, dia yang juga seorang guru mengakui terguris dengan komen-komen seumpama itu.




"Terguris juga di sanubari saya membaca komen-komen yang menyatakan pekerja swasta membayar cukai dan wang itu digunakan utk membayar gaji kami penjawat awam.

"Reaksi, posting dan komen tu muncul gara-gara pengumuman naik gaji RM100," luahnya.

Ekoran itu, dia tampil menjelaskan bahawa penjawat awam turut membayar cukai seperti pekerja swasta yang lainnya.

Malah katanya, cukai bulanan yang dikenakan adalah mengikut jumlah tanggungan dan pendapatan masing-masing.

Loading FB Post...

"Kami juga pembayar cukai. Penjawat awam dan pekerja swasta, selagi ada slip gaji memang akan dikenakan cukai setiap bulan mengikut jumlah tanggungan dan jumlah pendapatan masing-masing," jelasnya yang turut memuat naik gambar slip gaji miliknya.

Nancy juga berharap warganet tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen yang boleh menyakiti individu lain sebaliknya menggunakan media sosial dengan sebaiknya.

Hantaran yang dibuatnya itu menjadi tular di media sosial dan turut dikongsikan beberapa Facebook Page termasuk Iklan dan Kerjaya.

Kebanyakan warganet yang meninggalkan komentar adalah mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Rata-ratanya bersetuju dengan luahan Nancy dan menyifatkan kebanyakan orang awam tidak mengetahui perkara seumpama itu susulan sering dimomokkan dengan kata-kata hanya pekerja swasta yang membayar cukai.

Ada juga yang mempertikaikan kenapa orang ramai tidak berpuas hati dan dengki dengan kakitangan kerajaan.

"Mereka ingat penjawat awam tak bayar cukai. Daripada dulu sampai sekarang tak pernah ambil tahu... kita kena potong gaji bayar cukai.

"Asyik-asyik isu cukai, kaunter, kabel... itu saja label untuk penjawat awam. Yang berhempas pulas mental dan fizikal tak nampak pula, yang kerja tak berkira masa dan tenaga tak nampak.

"Sucikan sikit hati tu bersangka baik dengan semua orang, tak kira (kerja) kerajaan atau swasta... kerja apa pun kalau amanah dan bertanggungjawab, InsyaAllah berkat rezeki.

"Yang bercakap tu sebab tak pernah tengok gaji penjawat awam.

"Bonus RM700 masuk slip gaji, kenaikan khas RM100 masuk dalam slip gaji... makin bertambah cukai pendapatan.

"Itu tuduhan tak berasas, potongan cukai bulanan dan bayaran cukai tahunan mereka tak tahu. Hanya tuan empunya badan yang merasakannya," ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun, penjelasan yang dibuat itu turut menerima reaksi negatif daripada warganet apabila mereka mengaitkannya dengan perkhidmatan yang diberikan penjawat awam.

"Tapi masih juga kaunter kena buka dua atau tiga, padahal ada sembilan kaunter.

"Ramai penjawat awam dalam ni... ingat seketul (seorang) dua macam kat kaunter.

"Orang ramai, kaunter buka satu.

"Pekerja kerajaan bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sebab kena ingat dalam gaji kamu ada duit rakyat.

"Memang penjawat awam bayar cukai... pengalaman saya kerja penjawat awam lepas tu pindah kerja swasta, masa kerja kerajaan cukai RM70 sebulan. Kerja swasta cukai RM1,000 sebulan. Beza banyak tu," ujar beberapa netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 5-9-2022 10:51 AM
dlm sektor awam,quota kaum cina masih byk kekosongan,kenapa ye diorg x masuk gov,
sbb gaji  gov ciput,sektor swasta gaji lebih besar
Quote Rajawali 5-9-2022 11:20 AM
asalkan kerja gomen..jaga kaunter...bodo tul private company modal 2 ringgit
Quote VespaSilbe 5-9-2022 11:28 AM
Lahai banyak tu je ke bayaq cukai?
Cikgu Zurina kat rumah aku pun cakap benda sama jgk.. dia pun pembayar cukai kekdahnya..
Swasta kalau naik gaji RM 200 .. dapat RM 50 je la lepas tolak memacam...
Quote sarahmirza 5-9-2022 11:34 AM
Cukai org gomen sama mcm swasta juga ke?
RM100k yg pertama 10.7%
Atas baki kena lagi 24%?

Quote Skuau 5-9-2022 11:38 AM
mula dh main ungkit2 ni...setiap orng dlm dunia ni amnya..Msia ni khasnya...ada fungsi memasing la..yg x reti ni mesti x pernh kerja berpasukan@setiap orng ada peranannya memasing...apa daaa.
Quote kitaserupaaa 5-9-2022 11:44 AM
Org yg share slip gaji ni patutnya cover sekali peratus gaji bersih tu. Dah boleh agak berapa gaji dia. Gred 48/52 ke atas utk gaji tu
Quote Tinot7 5-9-2022 11:54 AM
sarahmirza replied at 5-9-2022 11:34 AM
Cukai org gomen sama mcm swasta juga ke?
RM100k yg pertama 10.7%
Atas baki kena lagi 24%?

Perkadaran sama tapi ada elaun2 yg tak dikenakan cukai. Sbb tu nampak mcm kurang bayaq cukai. Ni bergantung kpd bidang khidmat.
Quote Tinot7 5-9-2022 11:56 AM
Awat peratus gaji dia besaq? Awat cukai dia ciput jahh?
Quote myvi132806 5-9-2022 12:25 PM
Mengade-ngade lah.
Meluat.
Quote s@s@ 5-9-2022 12:33 PM
VespaSilbe replied at 5-9-2022 11:28 AM
Lahai banyak tu je ke bayaq cukai?
Cikgu Zurina kat rumah aku pun cakap benda sama jgk.. dia pun pem ...

dah gaji dia sikit, sikit la bayar
Quote nikaido 5-9-2022 12:35 PM
Nancy maria ni selalu juga lalu fb aku even aku xfollow sb selalu post dlm group running/fitness
Quote nikaido 5-9-2022 12:41 PM
Pekerja jawatan rendah dkt company nak bankrap je yg banyak dengki dgn gomen ni. Pekerja company besar relax je bonus 6bulan gaji. Bila kita suruh tukarla kerja pegi company besar diaorang tamau (sb tadak skill mana company nak amik)
Quote Leonclay 5-9-2022 12:44 PM
Tax amount bukan sekadar gaji byk, byr cukai byk..
Tapi jika individu tu pandai manfaatkan tax deduction yg announce tiap tahun, maka kurang la amount kira utk byr tax..
Kalau muslim, dia byr zakat, kurang lg jumlah tax yg kena byr..
ItuLah perlunya tax education
Quote ResellerMaxis 5-9-2022 12:47 PM
kitaserupaaa replied at 5-9-2022 11:44 AM
Org yg share slip gaji ni patutnya cover sekali peratus gaji bersih tu. Dah boleh agak berapa gaji d ...

Apa maksud peratusan gaji bersih 97% tu?
Quote zehra2 5-9-2022 12:52 PM
ResellerMaxis replied at 5-9-2022 12:47 PM
Apa maksud peratusan gaji bersih 97% tu?

gaji bersih yg masuk dlm acc.
tkde potongan loan melalui biro angkasa.
tp pcb tu skit je potong 285. gaji dia sikit la kot
Quote ekselen 5-9-2022 01:23 PM
copy_paste replied at 5-9-2022 10:51 AM
dlm sektor awam,quota kaum cina masih byk kekosongan,kenapa ye diorg x masuk gov,
sbb gaji  gov cipu ...

Bkn...sbb possiblity diorg utk cepat naik pangkat dan gaji lg tinggi dr bangsa lain kalo kt swasta.. Kalo dok kerajaan ssh nk naik pangkat (byk kaki kipas)... Sama gak meleis kalo keja swasta gaji x sebyk kaum tu dan ssh naik pangkat sbb dominasi kaum tu (campo kaki kipas)...faktor gaji byk la, bonus byk la x terpakai kt semua yg krja swasta... Ada cina br masuk keja gaji lebih dr senior bangsa lain...bbrp bln keja tiba2 dpt reward la apa la... Realitinya mcm tu..same goes tu gomen... Meleis yg conquer...swasta kalo nk naik gaji, pangkat kena bersaing rata2 punya potensi yg sama dan beribu org...dan bkn semua dpt kenaikan gaji setiap thn tu...dan increment pun xbyk mana...melainkan kaki kipas, kaki pandai berckp  walopun xbrp pandai buat keja, kaki angguk2 geleng2 ngan bos...mcm tu lah realitinya...
Quote dua_chzy 5-9-2022 01:30 PM
Tinot7 replied at 5-9-2022 03:56 AM
Awat peratus gaji dia besaq? Awat cukai dia ciput jahh?

Peratus gaji besaq = takda loan bank

Cukai ciput = gaji ciput sekitar 8k-9k
Quote elnor_81 5-9-2022 01:32 PM
kitaserupaaa replied at 5-9-2022 11:44 AM
Org yg share slip gaji ni patutnya cover sekali peratus gaji bersih tu. Dah boleh agak berapa gaji d ...

Ni klo dia ada anak, maybe dg48. Aku xde anak, dg44, tax aku 299 sebulan. Tp gaji dia ni lawo je..aku pya pjg jugak bhgn potongan tu
Quote anony-mous 5-9-2022 01:37 PM
kitaserupaaa replied at 5-9-2022 11:44 AM
Org yg share slip gaji ni patutnya cover sekali peratus gaji bersih tu. Dah boleh agak berapa gaji d ...

Jd berapa gaji dia uols?

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top