Ketika kanak-kanak lain seusianya nyenyak diulit mimpi dalam bilik selesa, kanak-kanak perempuan ini gigih mencari rezeki di Sepanggar, Kota Kinabalu.
Video tular mengenainya secara tidak langsung mengundang sebak warganet. Berdasarkan perkongsian wanita dikenali sebagai Deyla Habib, dia berhenti di persimpangan sebuah lampu isyarat apabila ternampak kanak-kanak terbabit sedang tidur di dalam longkang sambil memegang payung ketika hujan.
Lebih meruntun hati apabila kanak-kanak itu membantu keluarganya dengan menjual buah mangga. Dalam pada itu, Deyla sempat menghulurkan RM2.00 kepada si cilik berkenaan kerana dia tidak membawa wang yang banyak. Bagaimanapun pada keesokan harinya, wanita terbabit kembali ke lokasi sama untuk memberikan sumbangan lagi. Malah, dia sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang sedang menjual juga. Biarpun sebak dengan situasinya, Deyla lega kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan mampu tersenyum bersama abang dan kawan-kawannya. Sumber: OHBulan
|
brego replied at 4-9-2022 01:15 PM
jangan support orang yang jual kat trafik lite nih,
karang makin ramai yang berjual.
brego: Edited by brego at 4-9-2022 0 ...
brego replied at 4-9-2022 01:15 PM
jangan support orang yang jual kat trafik lite nih,
karang makin ramai yang berjual.
jazaa100 replied at 4-9-2022 01:17 PM
Skrg ni trend letak blusher dari hidung dampai ke pipi ek....
Dah mcm doraemon dah.....
sharlenetexas replied at 5-9-2022 12:21 AM
Yang menjual kerepek kat atm tu pun. Menganiaya orang tua.
makadek replied at 5-9-2022 12:14 AM
Hidung jambu gigih nk blush2 kalau 20an remaja helok gak ni tara makcik tayah la
sharlenetexas replied at 5-9-2022 12:19 AM
Kat tempat iols ni nenek2 duk jual kerepek depan atm. Dulu2 tgk pukul 5.30 hingga enam petang ada ke ...
ADVERTISEMENT