CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mungkin Dia Tak Perasan Profil IG' - Tak Tengok AF, Isteri Tak Tahu Shahir Seorang Penyanyi

4-9-2022 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10268| Komen: 97

Isteri kepada penyanyi Shahir Zawawi, Jaskin Jaludin memberitahu dia hanya mengetahui suaminya seorang penyanyi selepas mereka mengambil keputusan untuk menikah.



IG HLive

“Ketika awal perkenalan (Mei), saya tidak tahu bahawa suami merupakan seorang artis. Saya tak tengok pun rancangan Akademi Fantasia (AF).

“Saya dapat tahu dia (suami) seorang penyanyi bila ternampak profil dalam Instagram dia,” kata Jaskin kepada Kosmo! Online.


Sampuk Shahir pula, isterinya mungkin tidak perasan profil Instagram miliknya tertera status dirinya sebagai ‘artis’ ketika awal perkenalan mereka berdua.

“Bila isteri sudah tahu saya seorang penyanyi, saya tanya pada dia sama ada sanggup atau tidak untuk terpalit dengan liku-liku dan onak duri dalam industri selepas berkahwin nanti?

“Bila dia berkahwin dengan saya (artis), sedikit sebanyak isteri akan terkena juga tempias dunia selebritri. Alhamdulillah, isteri saya seorang yang kuat dan sanggup melaluinya,” kata Shahir.

Ketika disoal tentang keistimewaan yang dimiliki wanita berusia 33 tahun itu, Shahir memberitahu isterinya mempunyai nilai hati yang sangat suci.

“Isteri saya memiliki nilai hati yang sangat suci. Siapa yang mengenali Jaskin akan tahu nilai hati dia.

“Bahkan isteri saya juga seorang yang lucu dan menghiburkan. Saya bukan sahaja mencari seorang isteri, tetapi juga seseorang yang boleh dijadikan teman,” kata Shahir.

Dalam pada itu, Shahir, 34, dan Jaskin turut melahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.



“Sebelum saya kenal isteri lagi, saya ada buat solat Istikharah dan berdoa agar jodoh saya dengan sesiapa sahaja akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan apabila Allah permudahkan urusan saya bersama isteri,” jelasnya.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu selamat bergelar suami kepada Jaskin dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya, malam tadi.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Shahir yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 4-9-2022 10:09 AM
Masalahnya x memorable
Quote CariMalay 4-9-2022 10:15 AM
Mungkin miskin kot, takde astro
Quote nicolebaby 4-9-2022 10:29 AM
iyo lah tuuu
Quote chekacheku 4-9-2022 10:31 AM
Ayat biasa spouse retis..tp blh jd jugak sbb si sahir ni sejuk beku ya amats..
Quote likilu 4-9-2022 11:00 AM
Nama macam produk anti kedut timbang kilo

Tapi cantik, tak tau muka xmekap tengok sikit
Quote slyfynx 4-9-2022 11:08 AM
X kan la bodoh sgt sampai tu pun x tau.
Ke bini mmg bebal x selidik latar belakang sblm setuju jd isteri?
Nk tipu pun bijak la sikit.
Quote Orix 4-9-2022 11:10 AM
Logik jugak la sbb shahir ni frozen since 2012. Dh 10 tahun xde hits so, logik la kalo x kenal sbb mmg ada org yg jenis x tgok tv x tahu psal retis.
Quote tagas 4-9-2022 11:16 AM
Status keje suami pun tak taw

ni kan lg status kewangan

hrp tak kelaut la alam perkahwinan nya tu nanti

nanggung bewak
Quote 3chanceno 4-9-2022 11:35 AM
Edited by 3chanceno at 4-9-2022 11:37 AM

Komen standard bini retis yang tak masuk akal  kalau pun shahrir nie frozen, ko pastilah tanya encik guuggle sapo jantan nie masa baru kenal  dah merata cerita dia ngan erra tu

Bodow simpan sikit & kalau nak kencing, boleh je, tapi biarlah tak nampak terang lagik b*hl*l
Quote luc 4-9-2022 11:37 AM
Lawa gigi Shahir
Quote silampumeja 4-9-2022 11:47 AM
luc replied at 4-9-2022 03:37 AM
Lawa gigi Shahir

Ha ah la baru perasan dia dah bukk braces....
Quote sarukhan 4-9-2022 11:50 AM
Tp ada family members/ org terdekat wife shahir ni penah post kat tiktok yg trend artis dtg rumah tu.
Quote nakkomenjugak 4-9-2022 12:03 PM
Moga heol tak menjadi bewok
Quote KarinaKapur 4-9-2022 12:05 PM
Habis tu masa berkenalan,dia bgtau dia keja sbg apa? Bwk grab?
Quote ReginaGeorge 4-9-2022 12:24 PM
Dia memang tak famous pun, tak heranlah orang tak kenal. Harap wife dia tak teruja sangat la dapat kawen retis. Sebab somi dia ni bukan high grade punya retis. Suam2 kuku pun tak.
Quote Thunderclouds 4-9-2022 12:36 PM
Wife dia xkenal sang ratu keeeww..
Quote Belibis 4-9-2022 12:37 PM
slyfynx: X kan la bodoh sgt sampai tu p ...

Takde astro boleh terima lagi..tapi takkan la tak pernah baca kat mana2 akhbar,majalah,forum...sampai langsung tak kenal.
Quote scarflicious 4-9-2022 12:42 PM
Tak kenal sbg penyanyi ok logik. Tapi x kan x kenal bf ratu. Ratu kot. Tipu ahh.
Quote rayna_raynes 4-9-2022 12:51 PM
Orix replied at 4-9-2022 11:10 AM
Logik jugak la sbb shahir ni frozen since 2012. Dh 10 tahun xde hits so, logik la kalo x kenal sbb m ...

aku tanya laki aku kenal tak shahir, dia pun cakap tak kenal. aku bgtaula ex af bagai, pun dia tak boleh recall haha.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083419 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top