CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kaya Dibuang Keluarga Sebab Nak Hidup Bersama Lelaki Miskin

4-9-2022 12:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2276| Komen: 12

Seorang wanita kaya berusia 28 tahun di Vietnam sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin, lapor portal berita Wolipop semalam. 


Menurut laman berita eva.vn, Tam berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Akan tetapi, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.


Tam berharap mendapat restu ibu bapanya suatu hari nanti. – eva.vn

Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya. Akan tetapi, Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.


Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu tidak diendahkan.

Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggal empat anaknya bersama suami baharunya itu dan menikmati hidup mewah. Tam enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.

Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.

Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.

Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.

Walaupun dia tidak sehaluan dengan ibu bapanya sendiri, Tam tetap berharap suatu hari nanti dia dapat pulang ke rumah. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 4-9-2022 04:37 AM
Dah berapa lama kahwin tu? I bg max setahun dua jah lepas tu confirm she nk balik ke pangkuan family. Ada sbb kenapa mak dia xbg.
Quote ninja9 4-9-2022 05:40 AM
Ikut sajalah, support apa yang patut. Dah anak dia sangup hidup susah dengan suami dia sendiri. Anak dia itu dah pun buktikan, bahawa tinggal bersama dalam keadaan daif seperti itu menunjukkan perkawinan itu penting untuk anak dia.

Mungkin dia ingat, anak dia nak hidup susah mungkin tak apalah, sebab itu nak biarkan begitu, tetapi pada masa yang sama, tindakan dia ini juga bunuh kehidupan cucu-cucu dia sendiri...

Quote dua_chzy 4-9-2022 06:05 AM
Gambar si wanita, source berita segala takda. Akak anggap ini cerita khayalan carimalas.
Quote Supersirap 4-9-2022 09:27 AM
Semoga wanita tersebut diberikan kekuatan bagi meneruskan perjuangan percintaan mereka
Quote CariMalay 4-9-2022 10:05 AM
dua_chzy: Gambar si wanita, source berit ...
kan dah tulis sumber dari kosmo.  Kau bodoh ke apa
Quote dua_chzy 4-9-2022 10:06 AM
CariMalay replied at 4-9-2022 02:05 AM
kan dah tulis sumber dari kosmo.  Kau bodoh ke apa

Mana url? Takat taip sumber dari kosmo, carimalas boleh buat2 aja ok? OKEEEE?????
Quote CariMalay 4-9-2022 10:11 AM
dua_chzy replied at 4-9-2022 10:06 AM
Mana url? Takat taip sumber dari kosmo, carimalas boleh buat2 aja ok? OKEEEE?????

Nah bukti https://c.tenor.com/oux9p_KhpZwAAAAC/funny-animal.gif
Quote KIM.K 4-9-2022 10:13 AM
Susah susah mak janda jual kerang anak kat org kaya untuk hidup senang
Apo chuol buang family demi berpindah ke sok triang itu
Quote Adrif 4-9-2022 03:54 PM
gituu macam fairy tale la acik nih

cuma kat Malaysia, perempuan nya angan-angan nak kawen anak raja, atau at least, bapak dia ada company berbilliun-billiunn, pekerja 80,000 orang, projek jota-jota-jota, duk rumah banglo warna putih, breakfast penuh makanan satu meja, tapi minum teh pastu blah sebab dah lambat ke office. sampai office, ajak member keluar lunch kat restoran. balik keje, minum teh tepi swimming pool, lepas tu papa kata nak serahkan company kat anak papa. tapi anak dia kata tak mo, nak usaha cari duit sendiri. bodo bukan anak papa tersebut? lepas tu anak papa tersebut tu bawak kereta, hampir accident terlanggar acik lintas jalan. aa lepas tu gado dialog bodo, lepas tu bawak pegi klinik, dengan doktor-doktor bodo, lepas tu diorang pun bercinta sebab masing-masing bodo.

makanya, jadi lah drama pukul 7. aaa yang tengok semua bodo, bahahaha
sekian, yang benar, bodo belake
Quote .HannahMontana. 4-9-2022 04:40 PM

tetapi LELAKI kalau sudah kaya lain dia punya definisi cinta

ko yang berkorban itu tidak pula dia fikir 2 kali untuk di tinggalkan

Kena pilih lelaki ada banyak duit , ada banyak harta , yang tampan ,  secured yang itu dulu

yang lain-lain boleh bincang tapi ada SYARAT pertama

kena solat di awal waktu xtinggal solat 5 waktu

puasa di bulan posa

pi haji pi umrah , tunai kedua-duanya kerana ALLAH

Boleh baca Quran dengan tartiil  

ada ADAB

sebab kalau nak harap mengaji  dengan sepuluh PhD , iblis pun lebih berilmu dari kita semua tetapi oleh kerana tiada ADAB maka tempat iblis dan sekutunya selamanya di dalam NERAKA  , terbakarlah engkau iblis dan pengikut engkau di sana kahkahkahkahkahkahkahkah

begitu tragis aku ketawakan si iblis lahanat dengan sekutunya

Oleh itu untuk memilih pasangan hidup biarlah yg agamanya cemerlang pakej dunia dapat FREE .
Quote CariMalay 5-9-2022 01:18 AM
Adrif: gituu macam fairy tale la acik ...
acik? Bermakna dah tua la kan? kenapa anak papa bercinta dengan acik Sedangkan acik tu dah tua?
Quote CiliPadiSedap 5-9-2022 10:09 AM
cuba jadi cm friska jadi bini nombor 2 pencen jusa c minus. baru level drama jam 5 petang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054500 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top