CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dah Dipanggil Ke Bukit Aman, Selanjutnya Saya Akan Jawab Di Mahkamah' - Hadi Awang

3-9-2022 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 3

Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan beliau sudah dipanggil ke Bukit Aman dan bakal menjawab sepenuhnya isu kenyataan berbaur perkauman di mahkamah.

Presiden Pas itu berkata, beliau turut bersedia dipanggil lagi pihak polis, sekiranya diminta berbuat demikian untuk siasatan lanjut.


IG Hadi

"Saya sudah dipanggil ke Bukit Aman dan disoal dan sudah jawab soalan, selanjutnya saya akan jawab di mahkamah.

"Kalau dipanggil lagi (polis), saya akan pergi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah di sini, hari ini.


Pada 20 Ogos lalu, Abdul Hadi dalam kenyataannya mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Berikutan itu, beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-9-2022 11:03 AM
parti lebai pas pis pus
Quote unguaurora 4-9-2022 11:04 AM
Salah tetap salah.
Quote cikatilia 5-9-2022 10:01 AM
mulut cam hanat ya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047374 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top