Usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan anak angkatnya, Ahmad Ziyad yang baru berusia empat bulan.
Mana tidaknya, Iqbal memaklumkan Ziyad mengalami batuk teruk sehingga doktor yang merawat mengesyaki bayinya itu dijangkiti Covid-19. Menerusi video sama, Iqbal turut berkongsi momen dia membawa anaknya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Wajah Iqbal juga kelihatan sugul apabila anaknya itu terpaksa melalui proses swab test yang menyakitkan pada bahagian hidung sehingga menangis.
Malah dalam video itu Ziyad menangis sehingga memuntahkan semula susu yang diminum di atas bahu Iqbal. Bagaimanapun, selepas selesai melalui proses pemeriksaan yang menyakitkan, Ziyad dilihat tidur lena di atas pangkuan Iqbal. Sementara itu, Iqbal memberitahu kehadiran Ziyad sepanjang empat bulan di bawah jagaannya membuatkan dia tidak sedar badan anaknya itu sudah bertambah.
|
LadyCarefree replied at 4-9-2022 04:14 PM
Macam mana mamat single senang dpt anak angkat?
Buritan replied at 4-9-2022 03:21 PM
Itulaa sajat sonang.. kebal senang.. aku dengo kwn aku amik anak angkut ni skit punye byk ptosedur ...
LadyCarefree replied at 4-9-2022 04:14 PM
Macam mana mamat single senang dpt anak angkat?
ADVERTISEMENT