CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duduk Rumah Je, Uyaina Arshad Dan Suami Berdebar Menanti Detik Bersalin

3-9-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1388| Komen: 2

Uyaina Arshad, mengakui tidak sabar menunggu kehadiran bayi sulungnya yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat.

Menurut pengacara program Wanita Hari Ini itu, perasaannya ketika ini, bercampur baur dan berharap proses melahirkan bayi itu nanti berjalan lancar.


Foto: IG

“Saya sudah mengambil cuti sejak minggu lepas dan kini hanya duduk di rumah menunggu kehadiran bayi sulung yang dijangka dilahirkan pada 8 Ogos ini. Insya-Allah.

“Perasaan saya bercampur baur. Saya tentunya tidak sabar mahu menyambut kehadiran anggota keluarga baru kami nanti.

“Ia penantian yang sangat mendebarkan. Setiap hari saya berteka teki, bila baby akan keluar?,” katanya.



Memandangkan ia pengalaman pertama melahirkan anak, Uyaina berkata, dia banyak merujuk dan bertanya mereka yang pernah melalui detik mendebarkan itu sebagai persediaan.

“Pelbagai maklum balas yang saya terima kerana setiap ibu melalui pengalaman berbeza. Selagi tidak melaluinya, saya tidak tahu bagaimana.

“Saya cuba untuk berfikiran positif dan banyak berdoa semoga segala urusan dipermudahkan,” tambahnya.



Selain itu, Uyaina juga memaklumkan, dia telah dinasihatkan doktor agar segera ke hospital sekiranya belum menunjukkan tanda untuk bersalin apabila kehamilannya sudah mencapai tempoh matang.

“Ia bagi mengelakkan bayi berada terlalu lama dalam kandungan. Saya kena bersedia dan berharap semuanya berjalan tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Disoal tentang suaminya, Raja Syahiran, Uyaina memaklumkan, penyanyi tersebut teruja melakukan pelbagai persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka.




“Dia sediakan banyak benda untuk keperluan saya dan bayi, terutama kelengkapan selepas bersalin nanti.

“Seperti saya, dia juga berdebar menunggu kehadiran cahaya mata kami nanti,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 4-9-2022 03:04 PM
Semoga Allah permudahkan segala urusan dn Uyainah selamat bersalin. Selamat menjadi ibubapa dn selamatlah kesemuanya.
Quote KirazMevsimi 5-9-2022 02:35 PM
debaran penuh makna. moga Allah selamatkan setiap urusan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.027947 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top